Showing posts with label Diploma in QS. Show all posts
Showing posts with label Diploma in QS. Show all posts

Sunday, December 1, 2019

Hari Konvokesyen ke-63 Universiti Teknologi Malaysia!




Assalammualaikum and selamat petang semua!
Dah berhabuk betul blog saya ni ye, hm takdelah sibuk sangat cuma malas dan tak rajin je. Tapi lately saya tengok viewers untuk Diploma Ukur Bahan banyak betul mungkin ramai SPM Leavers yang cuba mencari sinar untuk nak teruskan perjalanan akademik masing-masing. Jadi untuk itu, saya nak kongsikan perjalanan saya dari SPM-Diploma UTMKL Bidang Ukur Bahan. 

Jadi saya sebenarnya lepasan MRSM Tun Ghafar Baba, Aliran Sains, tiada kaitan dengan teknikal, tak pandai melukis tangan keras, kira-kira akaun (seimbang ke tak) pun tak tahu. Tapi alhamdulillah saya boleh bawa lagi course ni. Hehe

Jadi macam mana saya boleh pilih untuk teruskan perjalanan saya ni dalam bidang ni, pertama sekali sebab ayah saya seorang Ukur Bahan dan dia suka kalau one of his children ambil bidang ni. Tapi, semua adik beradik saya semua dah ambil bidang engineering dan tinggal saya sorang je. Saya pula tak lah pandai sangat Add Maths, saya A- untuk subjek tu jadi saya tak nak tengok dah benda tu haha. Sebab tu saya ambil course ni. Ada lah jumpa sikit-sikit tapi jangan risau kita boleh punya! Masa tu baru rasa, "halah macam ni je ke" 



Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi saya diberikan anugerah "gold medal" sebab pointer lebih 3.67. Susah ke nak dapat pointer tinggi? Hm, pada saya, boleh je kawan-kawan! InshaAllah takde yang mustahil. Ramai je cakap pointer ni takde apa lah, nanti kerja tak lah tengok ke apa. Tapi pada saya, ini satu kepuasan. Saya tak nak membazirkan duit mak ayah saya. Tak salah kan kalau kita nak 'aim' yang terbaik untuk diri sendiri? Bila saya masuk universiti ni kan, saya perasan pointer tinggi bukan lah bukti kepandaian seseorang. Saya ada ramai kawan yang pointer kurang dari saya, tapi jauuh lagi pandai daripada saya tau. Tak tipu, betul! Kadang-kadang tu diaorang pula yang tolong saya hehe. 

Tips untuk dapat dekan setiap semester

Bila kita sambung belajar ni kan, akan ada banyak dugaan. Salah satu dugaan bila kita tengok kawan-kawan kita berjimba, assignment buat lambat atau ala kadar. Jadi kita kena ikut ke? Kita kan remaja mesti lah nak bergembira dengan kawan-kawan nanti dah kerja, dah mula ada komitmen tak boleh dah berjimba. Bukan tak boleh berjimba, boleh! Tapi kena tahu mana satu keutamaan. Penting tu! Benda ni kita akan implemen dalam kehidupan selepas zaman belajar jugak. Jadi saya nak kongsikan sikit tips untuk dekan. Gitu kan, rasa macam poyo pulak nak kongsi tips macam ni hahah. Yang mana baik dan bermanfaat ambil lah ya!

1) Nak berjimba? Boleh!
Okay, kalau nak berjimba, nak pergi bercuti dengan kawan-kawan buat lah waktu Week 1-2 Lecture Week/Minggu Kuliah. Nak tahu sebab apa? Sebab waktu ni, lecturer baru bagi Course Outline biasanya tak mula lagi kuliah yang berat-berat. Jadi kalau homesick ke malas ke sebab baru masuk kampus, kumpul lah kekuatan waktu ni ya!

2) Pastikan markah tutorial, individual/group assignment tinggi!
Nak tahu kenapa? Sebab benda-benda ni boleh berbincang dengan kawan-kawan, ada contoh daripada senior, boleh tanya minta tunjuk ajar dari lecturer sendiri, boleh google cari bahan. Jadi macam sayanglah kalau tak boleh score! Jangan mengada-ngada tak nak hantar assignment tau! Buat betul-betul! Sayang gila bila markah yang mudah dapat kita tinggalkan. Sebab ujian atau peperiksaan akhir belum tentu kita boleh jawab kan? Entah apa entah soalan yang lecturer keluarkan pun kita tak tahu

3) Cari cara belajar yang paling berkesan
Ada orang cakap study group/belajar berkumpulan bagus, ada orang cakap tak bagus. Ada orang boleh belajar seorang. Ada orang suka buat nota. Jadi terserah pada diri sendiri. Kita sendiri kena cari cara kita. Macam saya, boleh je study group, saya rasa seronok tapi saya kena belajar dulu topik tu, tak nak lah blur-blur datang belajar dengan kawan nanti lagi bercelaru saya rasa haha.

Cara saya belajar yang saya rasa berkesan, saya suka belajar sendiri. Tapi kalau ada kawan-kawan tanya atau minta ajar (contoh mengenai soalan kira-kira) saya sangat suka untuk ajar atau bagi pendapat saya (kalau soalan mengenai kontrak/undang-undang). Saya biasanya akan belajar daripada nota lecturer dulu lepas tu saya akan belajar daripada soalan-soalan tahun-tahun lepas. Dari situ saya akan lagi faham, sebab saya akan nampak bentuk soalan tu macam mana. Alah, lebih kurang kita buat latih tubi SPM macam tu lah. Mana nak cari soalan tahun lepas? Biasa dekat Library Uni Website masing-masing ada jee.

Okay rasa tu je tips yang selebihnya macam amalan ke apa biar lah rahsia saya dengan Allah. Cuma yang saya boleh pesan, jadi anak yang baik, telefon mak ayah tu selalu, hari-hari lagi bagus hehe, buat 5 rukun Islam (ini wajib yaa), jadikan Allah tu sebagai tempat kita bergantung. InshaaAllah dipermudahkan urusan kita. 

Saya rasa macam nak cerita perjalanan konvokesyen lah. Jom! Ok, kalau untuk penerima "gold medal" UTM akan adakan majlis khas untuk kita tau. Macam majlis anugerah cemerlang gitu dekat hotel di JB. Macam saya dulu di Impiana Hotel. Makan buffet tau. 






Untuk konvokesyen diploma saya ni, UTM akan bagi dua kad masuk untuk ibu ayah kita apa, kalau ibu bapa tak dapat datang sesiapa pun boleh je. Macam saya, mak ayah dan adik beradik tak dapat datang so saya bagi je kad masuk ni dekat kawan so ramai lah family dia boleh masuk agitu.


Nak dijadikan cerita, sehari sebelum saya konvo, kakak saya pun konvo juga untuk Degree dia di UTM, haaa sama-sama lah kita. Saya tolong jadi photographer dia hehe.


Ni siapa bagi bunga ni, ehem ehem. 


Disebabkan kita tahu yang waktu konvo nanti mesti ramai kawan-kawan kita spend time dengan family, jadi, kita buat photoshoot pre-convo sehari ke dua hari sebelum majlis. Tak ada masalah sebab jubah memang boleh sewa beberapa minggu sebelum majlis, pun kami semua duduk dalam UTMJB ni. Cuma tak lengkap lah, sebab ada kawan-kawan yang belajar sama-sama UTMKL tak sambung UTMJB untuk degree. Ada yang di UiTM, UM dan sebagainya.


Masa kami naik pentas, lecturers masa kami diploma UTMKL tengok live dekat studio. Rinduuu haha terima kasih Puan Huda, Puan Rosmiza, Miss Alvina, Puan Rafizah, Sir Q, Encik Yus dan lecturer yang baru, tak sempat nak berkenalan uhuk.

Oh btw, sepanjang majlis konvokesyen ni memang akan live dekat facebook, jadi kalau parents tak dapat datang, duduk jauh ke apa, boleh suruh diorang buka facebook tengok situ je. Hehe dunia dah moden kan, boleh lah minta tolong diorang untuk recordkan masa korang naik pentas tu. Boleh lah buat story instagram ke 


So this is my roommate and best friend since tahun 2 hehe. Kitorang lain course tapi sebab diploma ni tak ramai, jadi boleh satu session konvokesyen dengan dia :)


Ni bunga konvokesyen yang saya buat untuk kakak, kawan-kawan rapat. Rajin kan? Bila fikir balik, jenuh gak, harga pun lebih kurang sama je. Dah lah lain kali beli je lah hahaha








Sunday, May 19, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 6


Assalammualaikum!
Yey dah semester 6. Bila dah masuk semester 6 ni, ilmu yang dah belajar dari semester satu tu kena bawak semuanya termasuk yang kita belajar masa kita praktikal tu. Kena tahu guna Excel ok! Tak pandai guna, kena belajar sebelum masa sem last ni. 


Finally, nampak perkataan (Graduate) Alhamdulillah, finally!

Untuk sem terakhir ni, ada lima subjek yang kita kena ambik, tapi yang ada final exam tiga je. Tu yang seronok satu hal lah. Sebab paper tak banyak. Bagi aku semester last ni yang penat measurement project je lah. Yang lain ok!
Measurement Project
Ni lah Final Year Project kita. Susah? Ye. Tapi depends on groupmate juga lah. Alhamdulillah group aku kurang masalah heh. Masa awal-awal perjumpaan batch kitorang untuk bahagi group FYP ni, aku macam takut juga lah tengok CO yang lecturer bagi. Sebab aku jadi group leader untuk group yang paling ramai ahli. Ahli aku ada 7. Ada group yang 3,4,5,6. Sampai aku tujuh orang. 

Masa dulu-dulu, ada dengar lecturer cakap, makin banyak ahli, makin susah projek korang tu. Aku dah nampak macam tu, give up juga lah. Asal aku je, orang/group paling first. Aku perhati jugak lah. Haih. Pastu ada masalah sikit, one of the my groupmate nak tangguh pengajian. Aku macam sedih jugak lah, dah lah group paling besar. Lepas tu, sorang tarik diri. Lecturer suruh aku pujuk, kalau dia nak juga tarik diri. Group aku kena usaha lebih untuk cover kerja yang lagi sorang tu. Sebab pembahagian kerja tu memang dah nice untuk setiap ahli. And finally, member tu memang tarik diri. Aku rasa aku selfish kalau aku suruh dia teruskan, tapi dia tak nak kan? Aku tengok groupmates aku macam ok je. Aku jadi bersemangat sikit!

First task, kena present on 4th week. Kita kena bentang latar belakang syarikat and PDA untuk projek kita tu. Nama company kitorang Perunding Pertama. Group lain semua nak gabung nama masing-masing hahah AZ lah, AZL lah, NOAH lah, AAA lah. Boleh cite, kitorang ada enam nama ni macam mana. Kemain panjang nak sebut nanti. Oh yea, kitorang dapat projek rumah pekerja tempatan dan asrama pekerja Felda. Kenapa aku rasa macam ni kotai je eh? Apa yang kena ada projek bagai hahaha. 

First task, kitorang cop present dulu. Sebab aku ada hal nak hantar parents ke airport. Tapi ada yang macam tak puas hati hahah. Sebab masing-masing nak balik awal kan. Tapi, masa tanya siapa nak present dulu, semua tak nak! Bila kitorang present tu, semua group boleh tengok, and a bit tak adil lah dorang ada masa nak baiki apa yang dorang salah apa semua. Adil juga lah, sebab habis group aku present aku terus minta permission nak balik awal. Yeay! Kesian juga lah groupmate aku yang kena hantar semua benda uhuk

Dalam minggu ke-10 macam tu kena submit draft  BQ (taking off and preliminaries sahaja). Pemarkahan untuk taking off ni individual tau. Part yang memalukan bila taking off tu kitorang hantar ikat pakai tali je, group lain semua pakai file semua weh. Ya Allah, malunya lahai. Selamat lecturer tu baik, dia kata "tak apa hantar je dulu. Nanti bila saya panggil untuk correction baru awak masukkan dalam fail." Fuhhh

Presentation will be on 5 Mac, kitorang hari pertama dan group first present. Gila betul. Tak habis-habis aku je first presenter dari presentation semester 5. Heh. 1 Mac tu ada dinner QS, dinner last untuk batch kitorang tapi aku cakap aku tak boleh datang sebab kakak aku kahwin 2 Mac tu pagi. 

Kelas measurement project ni ada dua hari, Selasa dengan Jumaat. Kitorang kena hantar kira macam last submission before final presentation pada 1 Mac (jumaat), hari selasa 26 Feb masa aku dekat kelas, aku dikejutkan berita atok aku dalam keadaan kritikal. Dengar mak aku nangis-nangis lagi aku panik. So memang aku kemas-kemas beg sambil nangis, pesan dekat teammate papehal roger. Aku terus naik grab ke rumah, and dari rumah gerak terus ke kampung. Alhamdulillah atok aku nampak sihat, tapi malam tu still aku dekat kampung. Petang rabu tu baru aku gerak hostel balik. 

Subuh Jumaat (1 Mac), kena hantar and buat correction, discussion dengan lecturer sebelum presentation next week tu. And subuh tu, after aku dah settle solat subuh, aku dengar ada phone call. Atok dah tak ada. Mak aku cakap macam tu. Aku jadi blur kejap. Aku macam tak tahu nak respon apa. Last jumpa, atok nampak sihat sikit. Sebelum balik, aku bacakan Yasin untuk atok. Atok tidur masa tu. Aku kiss. Aku nak gerak balik KL. Tapi sebelum menuju ke pintu, aku macam tergerak hati nak cium lagi sekali. And that was the last kiss.

Aku terus ambil semua barang yang nak kena submit apa semua, bawa pergi bilik teammate aku. Aku cakap, atok aku dah tak ada. Aku minta maaf tak dapat nak tolong sangat. 

Aku balik kampung, orang semua tengah tunggu family kitorang. Baru jenazah dikafankan. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Aku sedih sebab terpaksa gerak balik rumah semula untuk urusan perkahwinan kakak aku. Kesian juga kakak aku, tidur pun lewat sebab goodies tak siap lagi. Gubahan hantaran tak touch up lagi.

Alhamdulillah untuk wedding kakak aku keesokkan haritu, semua berjalan lancar. Tapi masa berpisah tu sedih, sebab we need to back to the reality, I have lost my one and only atok that I have. 

aku balik ke hostel esok nya tu, memang struggle gila-gila untuk the upcoming final presentation. Tak cukup tidur tu lain cerita. Malam 3 Mac kitorang konon nak gerak ke McD buat kerja tapi tak ada plug, last-last buat kerja dekat Residensi UTMKL sampai pukul 6 pagi baru balik hostel tidur sejam pastu gerak kelas pulak. 

Malam 4 Mac, one day before presentation memang tak senang duduk. Buat kerja dari petang sampai pukul 12 malam. And sambung dekat bilik sampai 4 pagi. Yang lelaki sambung dekat Season Garden Kondo tak tidur nak print out semua. 


Pagi before presentation, dalam 6.45 pagi kitorang gerak kondo tu nak tolong apa yang patut. Presentation on 9 am. Sumpah gelabah sebab kitorang tak habis print lagi, tak paku lagi! Gerak 8.45 pagi nak ke kampus. Aduu memang KL jammed kan. Yang lelaki dengan tak mandi lagi, baju korporat pun tertinggal dekat rumah sewa dorang. Lecturers dah call aku banyak kali. Tapi phone dekat dalam bag, kereta padat dengan document sebab ada satu lagi group tumpang. Pastu nak masuk kampus kena tahan dengan guard, kitorang cakap lah ada presentation dah lambat ni. Pastu dia still tak bagi. Kitorang tipu lah, cakap nanti nak keluar dekat pintu belakang. Heh. Pastu dapat masuk. Kitorang redha je parking dekat studio. Saman-samanlahh.

Sampai studio, aku dah berpeluh acah acah kemas, set up apa semua sebab nak lambatkan masa nak tunggu member lelaki tu. Sekali lecturer tegur cover depan "Dokumen Tender", bulat mata lecturer aku. Patut "table tender document" aku pun macam diam je lah, aku pun tak tahu apa beza dia sebenarnya hahaha! Tapi habis present baru tahu beza. Astargfirullah!

Masa tengah present tu, banyak yang kurang lah. Mana tak nya, kitorang first presenter kot! Tak ada reference mana-mana group pun. So macam memang banyak lack ah. Sambil present tu nampak lah, kereta yang kitorang parking tu kena saman dengan guard. Heh

After almost 2.30 jam present, keluar tu macam lega gilaaaaa. Nak ambik kereta, dah kena clamp. Kena jumpa guard bayar dalam RM50. Sambil dia bukak clamp tu dia bebel cakap "Tadi awak cakap apa dekat depan? Awak kira menipu ni! Ingat kitorang tak boleh consider ke kalau awak cakap ada exam ke apa?" Pastu member reply lah "Dah cakap dah tadi, still tak bagi" diam terus dia. Pastu dia attack member laki punya kereta kena clamp tu. Dia sergah tanya pasal warnakan rambut lah apa. Hmm

After final presentation tu, kitorang ada seminggu untuk betulkan before final submission untuk permarkahan penuh. Kitorang siapkan hari jumaat tu juga (8Jumaat) sebab masing-masing dah mood nak balik rumah. Hahah

Terima kasih sangat dekat gorupmates aku. Team paling function, masalah pun sikit-sikit. Tapi ramai back up. Syukur sangat Allah takdirkan aku dapat group yang memahami aku. Uhuk, aku je bukan leader yang bagus. Sorry guys!


Well panjang gilaa cerita measurement projek ni! Ye lah, lagi panjang aku yang menghadap semester ni

Cost Estimating
Subjek ni berkait dengan Measurement Project. Lepas kita dah siap unpriced BQ. Kena pakai BQ yang sama untuk pricing kan pula. So kalau buat cincai untuk project, tempias kena juga lah untuk Cost Estimating ni. 

Subjek ni seronok, nak kata senang tu tak ada lah sangat. Tapi kena faham konsep nak kira macam mana. Then kita boleh buat untuk materials lain. Sebab tu penting faham cara-cara nak letak concrete ke, nak letak bata, nak pasang roof dalam Constech 1 dulu. Sebab semua ni akan pakai untuk pricing. Diploma bukan macam SPM. Subjek semua saling berkait dari first sem sampai lah habis semester diploma kita.

Construction Law and Contract
As I told you before, subjek favourite. Walaupun kena hafal sampai 81 klausa. Kita belajar dari kulit ke kulit okay JKR 203A tu. Basically subjek ni, kita akan belajar undang-undang kalau projek tu projek kerajaan. Tapi masa final, kita semua nak habis cepat. Jadii, kitorang belajar yang klausa agak-agak lecturer selalu ulang-ulang. Lepas tu, godek past year punya soalan. Study dari situ. Keluar samo bulat. Uhuk. kitorang start seminggu lewat daripada students course lain. So study week kita ada dua minggu instead of seminggu. Memang berjalan lah jawab nya. Aku siap pergi Cherating lah Johor Bahru lah. Heh

Untuk tutorial and projek law. Memang banyak macam biasa. Tapi worth it sebab semua orang dapat markah tinggi-tinggi. Haha. Untuk projek kena buat comparison clauses JKR, CIDB, PAM. Tebal dia lain macam. Dah lah kena print size A3. Mahal lah jawabnya. Memang semester last pakai banyak duit. 

Principles of Management
Untuk subject ni, memang teori semata-mata. Kena faham and hafal lah. Tapi best bila ada karhoot main dalam kelas. Sekali je weh aku pernah dpat nombor satu haha. Untuk project, report macam biasa kena buat lah. Tapi tak tahan tu kena buat drama based on tajuk. Aku paling fail bab berlakon. Sampai kena panjat bumbung studio lukisan bagai haha. Tapi worth lah sebab dapat A- untuk project tu. Bila masa present tu kan, kena tayang video. Aku rasa macam menyampah dengar suara sendiri dalam video aduuu
ni scene paling mahal lah. Haha tajuk drama "Projekku 100 hari"

Iqra
Ni subjek untuk KoQ. Lek-lek je KoQ kitorang. Walaupun kelas every week ada tapi ustazah pun sempoi je. Untuk Community Service kitorang buat dekat area Ampang. To be honest, aku rasa takut lah sebab ni dekat rumah anak yatim dan asnaf tau. So mestilah budak-budak lagi ramai. Aku mana reti entertain budak-budak. Nak borak dengan budak lagi muda dari aku lagi aku tak tahu. Hmm. Tapi bila dah sampai tu okay je. Dorang pun sporting. Cuma, yelah budak zaman sekarang punya style lah. Tak sama macam kita. Aku macam terkejut lah dorang ada instagram siap buat live kot. Aku macam uyoo aku pun tak pernah buat live. Heh

Okay nak cerita preparation untuk hadiah, modul apa semua. Rezeki anak-anak tu kan murah sangat. Kitorang sampai pening duit macam banyak sangat. Yang dalam paperwork RM1,500 macam tu termasuk makan minum. Tetiba duit dapat RM4,000 lebih macam tu rasanya. Itu cash tau. Sebab kan kitorang buat collaboration dengan Pusat Islam (Masjid UTM) kitorang dapat RM1,500 cash and RM1,500 dorang belikan goodies lah, makanan pun dorang sponsor dari pagi sampai petang! RM1,000 ada Masjid Setiawangsa bagi. RM1,500 pihak UTM memang bagi untuk Community Service ni. Ada beberapa ratus, antara kitorang sedekah macam tu. Kitorang tak perlu minta derma bilik ke bilik. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat anak-anak tu.

Aku paling excited kalau hiasan lah kann. So cover depan modul aku buatkan. Aku happy sangatt hahah. Aku buat juga untuk tag nama ahli group kitorang. Tengok nii

  

Memang penat weh entertain dorang semua. Ada yang nangis, ada yang dok pegang baju kitorang, ada yang tidur dekat bilik, ada tak nak join . Dugaan lah. Tapi overall best. And ada sorang tu cakap "akak nak balik dah ke? Nanti datang lah lagi" sedihh. Rindu sangat dorang semua. Teammate KoQ pun bagus-bagus!

Alhamdulillah, habis dah hidup aku di UTMKL. Ada yang manis ada yang pahit. Ada lah banyak benda aku tak suka dekat UTMKL ni, tapi ada juga banyak benda yang aku suka, tapi semua tu akan jadi kenang yang mungkin aku juga akan rindu kot?



Thursday, May 16, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 5


Assalammualaikum semua! Salam Ramdhan ke-10 semua
Okay untuk semester lima ni, kalau Diploma QS samada di UTMKL atau UiTM Seri Iskandar, kita akan berlatihan industri. Internship? Praktikal? Haa sama semua tu. Jadi, kalau untuk UTM kita akan praktikal selama 20 minggu, which is 5 bulan macam tu. Kalau UiTM dalam 4 bulan macam tu. Untuk apply firm mana semua tu, kita buat masa semester 4. Kita apply sendiri ok, bukan lecturer carikan. So kena pandai-pandai cari sendiri lah. Masa batch kitorang, praktikal boleh dekat area Selangor dan Johor Bahru sahaja. Mostly dekat Selangor pun area Shah Alam, Bangi, Seluruh KL, TTDI macam tu je tak ada pula sampai Hulu Selangor (Tanjung Karang ke apa) macam tu. Pun mungkin tak ada firm kot dekat situ. 

Firm yang kita nak pilih pun kena consultant firm, bukan contractor. Ada juga certain firm yang dah kena 'blacklist' sebab ada sejarah tak elok yang dah dihadapi batch-batch sebelum ni kot. So nanti tu semua lecturer akan bagitahu masa taklimat LI. Setiap hari rabu sepanjang semester 4 tu.


Meh aku cerita perjalan semester lima kita ni macam mana eh. Senang sikit.

1. Cari tempat latihan industri dan cari tajuk kajian topikal
Ok, kita mula dengan tempat latihan industi dulu. First, cari dalam google dulu korang nak praktikal dekat mana? Macam aku prefer dekat rumah, sebab jimat duit untuk tempat tinggal. Kena faham tau, praktikal ni pun banyak pakai duit. Sebab elaun boleh jadi dapat, boleh jadi tak dapat. Ada company bagi sikit, ada bagi banyak. Rezeki masing-masing lah. Kalau ikut lecturer, memang dia cakap tak kisah semua tu yang penting ilmu. Heh, betul tu. Cuma kalau yang ada masalah kewangan tu kena consider banyak benda juga. Tak kira transportation lagi, makan-minum lagi. Yuran pengajian dan perkhidmatan UTM pun kena bayar tau. Tak silap aku kena bayar full. Cuma hostel kau tak payah isi borang penginapan lah, so tak adalah kena bayar hostel.

Dah dapat firm mana nak, call dulu! Tanya lah ada kekosongan ke? Kalau ada, apa procedure dia? Mostly firm akan minta resume, latest result semester kita, surat dari UTM. Okay untuk resume, ada template yang boleh follow dari UTM juga. Untuk surat dari UTM pula, kita kena isi borang dulu, isi nama firm apa semua details. Minta tandatangan lecturer. Nanti UTM keluarkan surat, Kita boleh email dekat firm yang kita nak tu, attach sekali resume dan latest result. Tunggu dalam dua minggu, ada tak respond? Kalau ada dua-tiga hari after dah sent tu try call. Kalau dorang tak respond dalam masa dua minggu. Boleh try firm lain. Jangan apply banyak-banyak firm dalam satu masa. Sebab kalau dapat, lecturer tak bagi kita reject. Kena terima. Habis tu yang lain-lain tu nanti macam mana? Kang UTM kena blacklist pula

teruknya kembang tulisan dia. annoying pula tengok lama-lama. tapi macam ni lah korang akan dapat dari firm tanda dia terima kau. Haa masa dapat ni, rasa macam happy gila! Sebab dah settle dah satu masalah haha. Dah dapat tu tolong lah member yang lain tak dapat lagi tu! Nak berjaya sama-sama kan?

Okay cari tajuk untuk Kajian Topikal pula! Apa tu KT? Senang cerita macam mini thesis. Kena buat proposal dulu. Nanti end of semester 4 kena bentang sorang-sorang dekat dua orang lecturer. Ni lah yang korang kena bentangkan. Tapi aku punya ni banyak kali kena ubah ok? Tak adalah hebat mana. Agak-agak boleh buat and senang nak gain data masa kau praktikal okay lah


Setiap yang kita tulis dalam presentation tu akan dipersoalkan. Macam aku kena tanya, kenapa sekolah? Kenapa Bangi? As long as ada justifikasi jangan risau, okay je! KT ni tak kisah pun tajuk apa. Luar bidang QS pun tak apa, ada je buat pasal student yang kerja part-tima lah, UTM punya KoQ lah, cafe KSJ lah. Macam aku, aku nak tajuk yang tak ada interview, yang tak ada kena pass borang ke apa. Senang cerita, aku tak nak ada interaction dengan manusia untuk KT aku ni. Sebab tu aku pilih tajuk, yang data dia boleh cari dari firm tu je. 

2. Task yang perlu diselesaikan
First, report daily kita kena record dalam buku log dan website Industrial Training UTM. Actually, boleh je ambik yang online tu, print and tampal dekat buku log. Tak payah buat dua kali kan? Tapi sebab aku rajin dan suka menulis, so aku buat dua-dua. Even ayat sama je!

Second, report Latihan Industri tu sendiri. Ni secara weekly. Apa yang kena ada semua tu ada dalam buku panduan yang kena beli sekali dengan buku log dekat pejabat. 

Third, report Kajian Topikal kita. Kalau aku, masa cuti semester tiga bulan tu, sebelum start praktikal aku buat dua bab dulu.

Bab 1 - Pendahuluan
Bab 2 - Kajian Literatur
Bab 3 - Metodologi
Bab 4 - Hasil Kajian

Sebab Bab 1 dan Bab 2 ni, boleh settle tanpa apa-apa data. Kena guna bahan bacaan je. So macam kita praktikal tak ada lah penat. Kalau dapat company yang sibuk, asyik overtime je, balik dah penat bila nak buat kan? Weekend mesti nak rehat. Untuk Bab 3 dan Bab 4, kalau boleh buat rangka pun nice, dapat data terus masuk je. Lagi senang! Okay kita kira ada 8 bulan sebelum presentation and submit. Tiga bulan terawal dah settle dua bab. Lagi lima bulan tu kita peruntukkan untuk dua bab terakhir and final touch up je. Macam aku, siap satu bab terus submit. Lecturer kata dah ok. Terus submit the next bab tu. Lecturer pun macam muak tengok aku laju sangat buat report. Padahal aku dah buat awal-awal heh. 



3. Praktikal
First day praktikal tu weh lama gila rasa! Sebab tak ada kerja sangat. Awal-awal masuk tu kena baca company profile bagai haha. Kena dengar admin bagitau undang-undang firm tu apa semua. First day aku dah rasa rindu nak belajar dekat kelas balik. Siap whatsapp lecturer aku ok sebab rindu haha.
Setiap hari aku akan count down lagi berapa hari nak habis intern. Total ada 100 hari tau tak termasuk sabtu ahad. Ada member aku tu sabtu pun kerja. Selalu OT. Ada intern sorang-sorang. Alhamdulillah aku dengan member aku ni rumah pun dekat, kira kamceng lah. Hari-hari pergi kerja, kakak aku hantar kan sebab dia pun intern dekat area situ juga. Dia intern tiga bulan je weh. Seronok gilaaa. Habis dia intern, mak aku minta izin nak balik Malaysia sebab nak jaga and hantar aku pergi kerja. Sanggup weh heh. Ayah aku pun izinkan je. Comel je. Aku rasa aku forever baby girl dorang kot. Kalau macam family aku ada hal, kakak member aku yang hantar kan. 

Ni masa celebrate birthday aku ke 20!


Tempat aku intern bagi aku best ah! Kerja ada je, ada masa banyak. ada masa tak ada kerja sangat atau tak ada langsung. Bos pun jarang ada. Tapi dia bagi by email. Kadang-kadang ada staff lain bagi. So masa tak ada kerja tu lah, aku buat report semua tu. So aku balik terus tidur! Balik pun on time. 5 pm sharp keluar office. Kedai makan area sana, quite expensive lah. Sebab kita dah biasa makan dekat Uni dalam RM 5 kan. Sana macam basic dalam RM 8. Aku dapat elaun, dalam RM 300. Berbaloi lah sebab tak sibuk macam member yang lain. 


Heh ni lah tempat yang aku dapat data-data untuk KT aku. Thanks a lot weh, member praktikal aku semua tolong aku cari kan data! Baik-baik dorang semua.


Buli? Hm ada juga la.Kena suruh cuci toilet tu paling aku tak boleh terima weh. Aku sampai bagitahu mak aku kot. Haha anak mak sangat. Tapi lama-lama tu macam aku ok je cuci toilet, sebab toilet dia tak kotor. And to be honest aku dekat hostel pun memang suka cuci toilet. Ada member bagitau aku, kalau nak bersihkan hati ni salahsatunya kena banyak buat kerja khidmat macam cuci toilet ke apa. Hoho so awal-awal je lah rasa macam kena buli, lama-lama tu aku ok je. Pun berapa kali je kena dah dua kali sepanjang lima bulan tu. Sebab selang seli dekat budak intern lain. Kitorang masuk dulu, pastu baru ada lima orang dari UiTM. Masa tu meriah lah! Masa tu baru rasa kejap je praktikal. Sebab kitorang ni ada lah teman nak berborak. Kalau tak asyik berbisik je dengan member UTM aku ni hahaha

Ni hadiah perpisahan daripada kitorang haha. Company pun ada buat farewell party untuk kitorang. Terharu sangat. Supervisor kitorang sibuk gila tau. Tapi masa farewell tu dia siap join, bagi ucapan semua. Heh. Tapi rasa happy tu lagi besar dari sedih uhuk. Finallyyy habis kan!

4. Presentation and Submission 
Ni semua kena buat sebelum habis intern. Like empat minggu sebelum habis intership. Kiranya masa minggu ke 16 macam tu. Cuak? Ye sangat! Tapi rasa excited jugak sebab dapat jumpa member. Haha, kena minta cuti dari company. Kita boleh cuti lima hari termasuk MC tau. UTM memang bagi. Tapi ada certain company tak bagi cuti, atau kau kena ganti. Tapi alhamdulillah, company aku okay je, aku rasa macam terlebih pula lima hari aku cuti. Lima hari tu aku cuti untuk keperluan aku lah. Selebihnya untuk event UTM; acara penyampaian hadiah lah, taklimat lah, presentation.

   




Wednesday, May 15, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 4


Next kita ke semester 4 pula! Dari awal masuk UTM ni lagi, lecturer nasihatkan kitorang Sem 4 paling killer sebab semua subjek core QS. Dah tak ada subjek u macam english apa semua tu nak bantu naikkan PNG kita. Tapi ramai juga dekan sem ni


Ni first time aku dapat 4.00 flat weh. Happy lah! Sampai ada seorang lecturer ni whatsapp aku cakap tahniah awal-awal before results keluar, aku tanya kenapa dia cakap rahsiaa. Haha Alhamdulillah!

Building Services 2
Kalau BS1 kita belajar sistem bangunan kan. BS2 kita belajar sistem extra yang lengkap satu-satu sesebuah comercial building tu. Macam mana tu? Contoh fire preventing system, mechanical handling system (lift ke escalator), green building, air conditioning and ventilation. Gitu. 

Untuk group aku, dapat tajuk lift. Site aku dalam UTM juga haha. Senang kan kerja? Alhamdulillah :) 
 


Kena tahu cara lif beroperasi, keselamatan dalam lif tu. Berapa muatan, macam mana kalau tali putus, maintenance macam mana. See, QS ni belajar banyak benda kan. Semua kau kena tahu haha. Sebab apa kena tahu basic? So that, bila nak masuk harga/atau nak buat evaluation tender at least kita ada ilmu. 

Engineering Survey
Subjek ni okay je, tapi sebab bukan bidang kita as QS. Ni bidang ukur tanah. Uhuk. Nak explain pun taktahu macam mana sebab mostly aku hafal je. Basically subjek ni cerita apa alat nak guna, cara nak kira apa tah TBM lah aduii. Tapi pakai alat dia tu nampak smart lah haha

Principle of Structure
Haa subjek ni bagi aku susah lah ala-ala civil engineering tapi version basic haha. Kena kira load lah apa lah. Kesian juga lah yang patut ajar lecturer Civil, tapi lecturer QS yang ajar. Jadi lecturer kitorang pergi belajar dengan lecturer Civil. Tapi subjek ni rasa kena ambik lagi masa degree. Hoho. 

Construction Measurement 3
Ni kira external works pulak, macam sewerage, water reticulation. See relate dengan Constech 3 masa sem lepas kan? Sebab tu kena tahu cara pemasangan dia apa semua, bila dah faham konsep kita tahu apa yang kena kira dalam measurement. Dia quite senang sebab everything pakai metre macam tu je. Ada lah juga certain yang payah sikit.

Building Economics 2
Subject ni best juga! Sebab banyak main kira-kira. Hafal tu sikit-sikit. Tapi kena faham concept in shaa Allah tak sesat. Kita akan belajar apa tu Cost Planning, Cost Analysis, Cost Estimating. Macam mana nak kira. Untuk project kitorang kena buat report based on soalan. Dia macam tutorial tapi tu project, besar markah. Ada beberapa soalan lah. Tapi sebabkan soalan tu semua sama untuk semua group, so boleh discuss. Kelas ni paling rileks lah, main karhoot, ada masa boleh balik cepat sebab tak banyak pun syllabus dia. Seronok haha

Principles Contract and Agency
Subjek law memang sentiasa jadi favourite subjek lah! Sebab lecturer dia sempoi je. Dia banyak bercerita je. Sepanjang diploma ni, untuk batch aku dia pegang subjek law. Kalau buku tu, dari kulit ke kulit dia cerita. Serius, kalau first kelas dia 2 jam study isi kandungan buku tu je. 
Ni buku yang kita akan pakai ada satu lagi agency tapi tu belajar after dah settle kontrak. Even kelas dia quite mengantuk tapi alhamdulillah lah 3 tahun ni tak pernah lagi tidur dalam kelas hehe. Tips dia, bawak air masak botol besar! Haih ni tengah puasa, tengok air masak pun satu dugaan. Astargfirullahaladzim

Professional Practices 2
Ni sambungan kepada PP1. Tapi lecturer law yang ajar sebab dia ada kaitan juga dengan law. Pun seronok subjek ni. Subjek ni penting kena faham sebab kalau faham, in shaa Allah akan faham macam mana tugas seorang QS. Bukan takat kira bata je ok? Nak buat tender ke document kontrak ke, bila nak submit apa? Cert apa nak kena keluarkan. Seronok dia sama dengan Law. Senang cerita aku suka subjek dua-dua ni haha

Conclusion untuk semester 4 ni, even lecturer cakap dia semester killer untuk student QS. Tapi sebab kita dah study tiga semester before tu, so dah nampak selok-belok QS ni. Kita pun dah pandai buat report, slide, presentation pun dah yakin apa semua. So, in shaa Allah OK!


To be honest bagi aku mencabar semester ni sebab aku pergi umrah tu dah nak dekat habis lecture week tau. So banyak submission project masa tu. Tapi alhamdulillah kalau Allah jemput kita as tetamu Dia untuk datang buat ibadah in shaa Allah urusan kita dipermudahkan. Aku tak involve sangat untuk certain project contoh nya: Law lah. Aku rasa macam terharu gila sebab teammate aku tak mengungkit ke apa! Padahal ada Chinese dalam group aku tu. Ada seorang laki ni baik gilaa, siap bagi aku jawapan tutorial dia dekat aku weh sebab tutorial tu banyak gila! in shaa Allah takkan sempat lah kalau aku buat sorang uhuk. Nak nangis sebab Allah kirimkan aku banyak orang baik baik Thanks a lot! Before pergi umrah tu aku bertungkus-lumus siapkan apa yang patut dulu. Kira orang lain macam tak start lagi, aku dah buat dah. So bila balik tu masa semua orang tengah gelabah aku lek-lek kit lah sebab dah buat part aku tapi syukur Alhamdulillah teammate aku baik-baik semua! 

Aku sebenarnya nak rahsiakan aku pergi umrah tau masa tu sebab tak dapat kelulusan lagi, tapi sebab aku nak cop present dulu untuk final presentation group Building Services so macam at last kantoi heh

Aku rasa semester ni aku tak banyak tangkap gambar kot, sebab macam tak ada gambar je dalam gallery heh



Tuesday, May 14, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 3

Assalammualaikum semua! Memandangkan aku bangun awal harini, ok kita sambung semester 3
 pulak. Bagi aku semester 3 ni paling mencabar kot? Ke setiap sem aku rasa macam tu. No no, this one really tough, banyak external factors. Aku sampai satu tahap bangun pagi sebab nak pergi kelas untuk balik kelas je. Tak ada jiwa pergi kelas. One of the reasons sebab aku kena pindah kelas. Ye lah dah setahun duduk kelas sama, tiba-tiba kena pindah. Emo lah kan haha. Aku rasa masa tu paling aku stress kot macam hampir setiap hari merungut. Tah pape je. Lek lu, sap kok lu. Haha aku yang tak pandai handle masalah.

 Tapi alhamdulillah even PNG drop sikit, but still yang spoil subject yang tak relate dengan masalah pun haha. Semester 3 ni banyak kena cari site untuk projects, ada empat subjek yang kena cari tempat. So dengan kelas baru kan, aku tak faham rentak dorang bekerja macam mana. And again, aku yang tak pandai handle masalah.


Untuk semester 3 ni, subjek tak sebanyak macam past semesters kan? Tapi kredit dia besar-besar and still ada subjek u satu tu. 

Construction Materials and Specifications
Bagi aku ini paling killer! Subjek ni macam kena ambil balik je masa degree, astargfirullahalazim. Ok dia yang buat jadi payah sebab kita kena tahu untuk setiap materials dalam construction tu apa jenis-jenis dia, apa yang membezakan dia, macam mana cara nak buat materials tu. Contoh glass, apa jenis gelas yang ada, macam mana process nak buat gelas. Same goes to plastic, timber, cement, sand, aggregate, bricks, mansory, blocks, sanitary fittings lah apa semua. Kita kena tahu strength, durability and grade masing-masing. Senang cerita dia banyak. Aku susah nak hadam sangat. Bukan salah lecturer yang mengajar, aku yang susah heh.

Untuk project kitorang kena cari kilang yang process one of those materials. So satu group lain-lain tajuk. Tu paling mencabar lah aku rasa group kitorang dah contact lebih kurang 40 kilang dekat malaysia ni. Semua tak bagi kerjasama. Haha ending dia.. yang tahu je tahuu. Tapi alhamdulillah boleh juga lah present. 


Ni kilang dapat buat visit sebab lecturer kitorang handlekan. Kilang Lafarge, dia buat cement, aggregate and sand. Kira kilang concrete ah ni. 

Construction Technology 3
Untuk semester 3, constech 3 kali ni kita belajar pasal external works pula. Ada monsun drain, sewerage, water reticulation. Ni favourite subject semua orang kot. Tapi tak best nak cari site sangatlah payah. Ada group tu sampai johor okay. Kitorang pula rasanya dah lebih 10 contact kitorang try. Alhamdulillah ada kawan aku tolong dapatkan contact and dorang reply cepat. Site kitorang somewhere near damansara if i'm not mistaken. Kitorang dapat tajuk sewerage. 



Kwasaland ni kira kawasan baru lah, so memang dia nak bina banyak external works. Tapi sadisnya, sewerage dah buat dulu. Uhuk, tapi plan semua ada. Baik-baik orang sana, aku email untuk minta drawing dia bagi je. Ada certain susah gila, sebab confidential kan benda ni semua. 




Ni semua drawing aku lukis sendiri okayy, haha boleh lahh kan. Untuk presentation dia nak tahu macam mana cara pasang dia, jenis apa pipe sewer dia, berapa panjang untuk site ni, kedalaman manhole macam mana, berapa banyak manhole ada. Kena prepare lah soalan-soalan killer hah

Construction Measurement 2
Kalau kita dah faham concept measurement masa semester 2, measurement kali ni dah senang dah. Serius. Sebab cara kira sama, yang berbeza element kita kira tu je. So tak susah sangat. Bagi aku ni kira subjek favourite aku haha. Sem ni kita kira finishes, staircase, door window, soil and waste, cold water supply. Finishes halahh pakai m2 mostly, kena faham nak kena ambik daripada mana ke mana. Ceiling finishes sama dengan floor finishes gituu. Staircase, senang juga. Cuma leceh sebab banyak kerja sikit. Overall okay jee

Building Economics 1
Ni kira subjek baru lah, last semester belajar principle je kan. Sekarang kita masuk dalam building pula. subjek ni banyak teori juga dan ada kena kira macam-macam jenis area. masuk BE2 banyak kira kira je. Untuk project subjek ni kita kena kira area satu bangunan dalam UTM ni, lain group lain bangunan. Lecturer carikan drawing and kita kena identify mana satu usable area, circulation area, ancillary building and internal division. Semua ni kena sama dengan GFA (gross floor area) bangunan tu. QS ni banyak main colour je haha


Anyways kalau nak buat visit dekat mana-mana kena isi borang. Baru boleh buat visit, kira kena inform pada pihak UTM lah kita kena buat academic visit. macam ni lah contoh surat kebenaran nak buat visit. Pastu bagi surat ni pada pihak yang kita nak buat visit dekat tempat dia. Macam aku nak buat visit dekat Pejabat Harta Bina UTM untuk sesi interview.


Principle Laws and Torts
Ni first time belajar Law, dia macam takut tau. Sebab lecturer ni nampak macam garang. Tapi finally subjek law lah jadi subject favourite sampai habis diploma. Sebab seronok, dia tak ada salah dalam law ni, kau jawab apa semua betul asalkan bersebab ada bukti dan hujah dia. And lecturer law kitorang pemurah markah. Comel je haha. Serius weh, test aku rasanya full mark je memanjang. Aku rasa tak ada lah betul sangat aku buat. Tak tahu lah kenapa. Law and Tort paling seronok sebab kes-kes dia macam kelakar, siput babi lah, pecah masuk tanah orang and so on. Kena baca baru seronok! Nak score any essay dalam law, kena include (IDEA) tengok macam dekat bawah tu

  

Communication Skills
Okay sebenarnya ni subjek English. Paling sedih untuk subjek ni, dia relax cuma sebab balik lambat. uhuk pukul 6 petang weh balik. Sedih betul. Main subjek ni dia nak kita buat community service. Macam-macam, ada orang buat bersihkan masjid, rumah anak yatim, tadika. But group aku collaborate dengan NGO Kechara Soup Kitchen, tajuk kitorang Feed the Need. Tapi salah satu syarat nak join NGO ni, kena ada lelaki and kereta. Group kita semua perempuan jadi kitorang gabung dengan group lelaki kelas kitorang. Kira dorang tolong masak kan makanan, kitorang tolong bagi makanan. Haa kan different tasks tu. 


And kena ada transportation sendiri tauu. Jadi kitorang nak jimat, pergi lah ambik kereta aku sebab muat 8 orang kereta tu. Gigih kau, mana tak nya aku nak balik rumah sorang pun tak guna. Bukan berani nak drive sorang sampai hostel tu. So ajak member lelaki aku ambikkan kereta, dia tunggu bawah je lah. Sebab yang perempuan semua tak berani and tak ada lesen juga haha. 




Before start agihkan makanan, ada briefing juga. Sebab kerja ni agak bahaya. Sebab kena start dalam pukul 9 sampai habis. And kitorang habis pukul 12 malam macam tu. Memang tak boleh balik hostel lah kan. Jadi kena overnight deka McDonalds mana tah. Masa buat kerja ni, sedih lah tengok makcik-pakcik, budak kecik tidur bawah jejantas. Ada dekat walkway. Aku fikir satu je, bukan satu-dua malam. Mungkin sampai berjumpa ajal. Tidur beralaskan surat khabar, beratapkan langit malam. Good for soul lah community service ni. Alhamdulillah, masa presentation tu quite amazing and lecturer pun suka.

TAMAT untuk semester 3 fuhh