Sunday, May 19, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 6


Assalammualaikum!
Yey dah semester 6. Bila dah masuk semester 6 ni, ilmu yang dah belajar dari semester satu tu kena bawak semuanya termasuk yang kita belajar masa kita praktikal tu. Kena tahu guna Excel ok! Tak pandai guna, kena belajar sebelum masa sem last ni. 


Finally, nampak perkataan (Graduate) Alhamdulillah, finally!

Untuk sem terakhir ni, ada lima subjek yang kita kena ambik, tapi yang ada final exam tiga je. Tu yang seronok satu hal lah. Sebab paper tak banyak. Bagi aku semester last ni yang penat measurement project je lah. Yang lain ok!
Measurement Project
Ni lah Final Year Project kita. Susah? Ye. Tapi depends on groupmate juga lah. Alhamdulillah group aku kurang masalah heh. Masa awal-awal perjumpaan batch kitorang untuk bahagi group FYP ni, aku macam takut juga lah tengok CO yang lecturer bagi. Sebab aku jadi group leader untuk group yang paling ramai ahli. Ahli aku ada 7. Ada group yang 3,4,5,6. Sampai aku tujuh orang. 

Masa dulu-dulu, ada dengar lecturer cakap, makin banyak ahli, makin susah projek korang tu. Aku dah nampak macam tu, give up juga lah. Asal aku je, orang/group paling first. Aku perhati jugak lah. Haih. Pastu ada masalah sikit, one of the my groupmate nak tangguh pengajian. Aku macam sedih jugak lah, dah lah group paling besar. Lepas tu, sorang tarik diri. Lecturer suruh aku pujuk, kalau dia nak juga tarik diri. Group aku kena usaha lebih untuk cover kerja yang lagi sorang tu. Sebab pembahagian kerja tu memang dah nice untuk setiap ahli. And finally, member tu memang tarik diri. Aku rasa aku selfish kalau aku suruh dia teruskan, tapi dia tak nak kan? Aku tengok groupmates aku macam ok je. Aku jadi bersemangat sikit!

First task, kena present on 4th week. Kita kena bentang latar belakang syarikat and PDA untuk projek kita tu. Nama company kitorang Perunding Pertama. Group lain semua nak gabung nama masing-masing hahah AZ lah, AZL lah, NOAH lah, AAA lah. Boleh cite, kitorang ada enam nama ni macam mana. Kemain panjang nak sebut nanti. Oh yea, kitorang dapat projek rumah pekerja tempatan dan asrama pekerja Felda. Kenapa aku rasa macam ni kotai je eh? Apa yang kena ada projek bagai hahaha. 

First task, kitorang cop present dulu. Sebab aku ada hal nak hantar parents ke airport. Tapi ada yang macam tak puas hati hahah. Sebab masing-masing nak balik awal kan. Tapi, masa tanya siapa nak present dulu, semua tak nak! Bila kitorang present tu, semua group boleh tengok, and a bit tak adil lah dorang ada masa nak baiki apa yang dorang salah apa semua. Adil juga lah, sebab habis group aku present aku terus minta permission nak balik awal. Yeay! Kesian juga lah groupmate aku yang kena hantar semua benda uhuk

Dalam minggu ke-10 macam tu kena submit draft  BQ (taking off and preliminaries sahaja). Pemarkahan untuk taking off ni individual tau. Part yang memalukan bila taking off tu kitorang hantar ikat pakai tali je, group lain semua pakai file semua weh. Ya Allah, malunya lahai. Selamat lecturer tu baik, dia kata "tak apa hantar je dulu. Nanti bila saya panggil untuk correction baru awak masukkan dalam fail." Fuhhh

Presentation will be on 5 Mac, kitorang hari pertama dan group first present. Gila betul. Tak habis-habis aku je first presenter dari presentation semester 5. Heh. 1 Mac tu ada dinner QS, dinner last untuk batch kitorang tapi aku cakap aku tak boleh datang sebab kakak aku kahwin 2 Mac tu pagi. 

Kelas measurement project ni ada dua hari, Selasa dengan Jumaat. Kitorang kena hantar kira macam last submission before final presentation pada 1 Mac (jumaat), hari selasa 26 Feb masa aku dekat kelas, aku dikejutkan berita atok aku dalam keadaan kritikal. Dengar mak aku nangis-nangis lagi aku panik. So memang aku kemas-kemas beg sambil nangis, pesan dekat teammate papehal roger. Aku terus naik grab ke rumah, and dari rumah gerak terus ke kampung. Alhamdulillah atok aku nampak sihat, tapi malam tu still aku dekat kampung. Petang rabu tu baru aku gerak hostel balik. 

Subuh Jumaat (1 Mac), kena hantar and buat correction, discussion dengan lecturer sebelum presentation next week tu. And subuh tu, after aku dah settle solat subuh, aku dengar ada phone call. Atok dah tak ada. Mak aku cakap macam tu. Aku jadi blur kejap. Aku macam tak tahu nak respon apa. Last jumpa, atok nampak sihat sikit. Sebelum balik, aku bacakan Yasin untuk atok. Atok tidur masa tu. Aku kiss. Aku nak gerak balik KL. Tapi sebelum menuju ke pintu, aku macam tergerak hati nak cium lagi sekali. And that was the last kiss.

Aku terus ambil semua barang yang nak kena submit apa semua, bawa pergi bilik teammate aku. Aku cakap, atok aku dah tak ada. Aku minta maaf tak dapat nak tolong sangat. 

Aku balik kampung, orang semua tengah tunggu family kitorang. Baru jenazah dikafankan. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Aku sedih sebab terpaksa gerak balik rumah semula untuk urusan perkahwinan kakak aku. Kesian juga kakak aku, tidur pun lewat sebab goodies tak siap lagi. Gubahan hantaran tak touch up lagi.

Alhamdulillah untuk wedding kakak aku keesokkan haritu, semua berjalan lancar. Tapi masa berpisah tu sedih, sebab we need to back to the reality, I have lost my one and only atok that I have. 

aku balik ke hostel esok nya tu, memang struggle gila-gila untuk the upcoming final presentation. Tak cukup tidur tu lain cerita. Malam 3 Mac kitorang konon nak gerak ke McD buat kerja tapi tak ada plug, last-last buat kerja dekat Residensi UTMKL sampai pukul 6 pagi baru balik hostel tidur sejam pastu gerak kelas pulak. 

Malam 4 Mac, one day before presentation memang tak senang duduk. Buat kerja dari petang sampai pukul 12 malam. And sambung dekat bilik sampai 4 pagi. Yang lelaki sambung dekat Season Garden Kondo tak tidur nak print out semua. 


Pagi before presentation, dalam 6.45 pagi kitorang gerak kondo tu nak tolong apa yang patut. Presentation on 9 am. Sumpah gelabah sebab kitorang tak habis print lagi, tak paku lagi! Gerak 8.45 pagi nak ke kampus. Aduu memang KL jammed kan. Yang lelaki dengan tak mandi lagi, baju korporat pun tertinggal dekat rumah sewa dorang. Lecturers dah call aku banyak kali. Tapi phone dekat dalam bag, kereta padat dengan document sebab ada satu lagi group tumpang. Pastu nak masuk kampus kena tahan dengan guard, kitorang cakap lah ada presentation dah lambat ni. Pastu dia still tak bagi. Kitorang tipu lah, cakap nanti nak keluar dekat pintu belakang. Heh. Pastu dapat masuk. Kitorang redha je parking dekat studio. Saman-samanlahh.

Sampai studio, aku dah berpeluh acah acah kemas, set up apa semua sebab nak lambatkan masa nak tunggu member lelaki tu. Sekali lecturer tegur cover depan "Dokumen Tender", bulat mata lecturer aku. Patut "table tender document" aku pun macam diam je lah, aku pun tak tahu apa beza dia sebenarnya hahaha! Tapi habis present baru tahu beza. Astargfirullah!

Masa tengah present tu, banyak yang kurang lah. Mana tak nya, kitorang first presenter kot! Tak ada reference mana-mana group pun. So macam memang banyak lack ah. Sambil present tu nampak lah, kereta yang kitorang parking tu kena saman dengan guard. Heh

After almost 2.30 jam present, keluar tu macam lega gilaaaaa. Nak ambik kereta, dah kena clamp. Kena jumpa guard bayar dalam RM50. Sambil dia bukak clamp tu dia bebel cakap "Tadi awak cakap apa dekat depan? Awak kira menipu ni! Ingat kitorang tak boleh consider ke kalau awak cakap ada exam ke apa?" Pastu member reply lah "Dah cakap dah tadi, still tak bagi" diam terus dia. Pastu dia attack member laki punya kereta kena clamp tu. Dia sergah tanya pasal warnakan rambut lah apa. Hmm

After final presentation tu, kitorang ada seminggu untuk betulkan before final submission untuk permarkahan penuh. Kitorang siapkan hari jumaat tu juga (8Jumaat) sebab masing-masing dah mood nak balik rumah. Hahah

Terima kasih sangat dekat gorupmates aku. Team paling function, masalah pun sikit-sikit. Tapi ramai back up. Syukur sangat Allah takdirkan aku dapat group yang memahami aku. Uhuk, aku je bukan leader yang bagus. Sorry guys!


Well panjang gilaa cerita measurement projek ni! Ye lah, lagi panjang aku yang menghadap semester ni

Cost Estimating
Subjek ni berkait dengan Measurement Project. Lepas kita dah siap unpriced BQ. Kena pakai BQ yang sama untuk pricing kan pula. So kalau buat cincai untuk project, tempias kena juga lah untuk Cost Estimating ni. 

Subjek ni seronok, nak kata senang tu tak ada lah sangat. Tapi kena faham konsep nak kira macam mana. Then kita boleh buat untuk materials lain. Sebab tu penting faham cara-cara nak letak concrete ke, nak letak bata, nak pasang roof dalam Constech 1 dulu. Sebab semua ni akan pakai untuk pricing. Diploma bukan macam SPM. Subjek semua saling berkait dari first sem sampai lah habis semester diploma kita.

Construction Law and Contract
As I told you before, subjek favourite. Walaupun kena hafal sampai 81 klausa. Kita belajar dari kulit ke kulit okay JKR 203A tu. Basically subjek ni, kita akan belajar undang-undang kalau projek tu projek kerajaan. Tapi masa final, kita semua nak habis cepat. Jadii, kitorang belajar yang klausa agak-agak lecturer selalu ulang-ulang. Lepas tu, godek past year punya soalan. Study dari situ. Keluar samo bulat. Uhuk. kitorang start seminggu lewat daripada students course lain. So study week kita ada dua minggu instead of seminggu. Memang berjalan lah jawab nya. Aku siap pergi Cherating lah Johor Bahru lah. Heh

Untuk tutorial and projek law. Memang banyak macam biasa. Tapi worth it sebab semua orang dapat markah tinggi-tinggi. Haha. Untuk projek kena buat comparison clauses JKR, CIDB, PAM. Tebal dia lain macam. Dah lah kena print size A3. Mahal lah jawabnya. Memang semester last pakai banyak duit. 

Principles of Management
Untuk subject ni, memang teori semata-mata. Kena faham and hafal lah. Tapi best bila ada karhoot main dalam kelas. Sekali je weh aku pernah dpat nombor satu haha. Untuk project, report macam biasa kena buat lah. Tapi tak tahan tu kena buat drama based on tajuk. Aku paling fail bab berlakon. Sampai kena panjat bumbung studio lukisan bagai haha. Tapi worth lah sebab dapat A- untuk project tu. Bila masa present tu kan, kena tayang video. Aku rasa macam menyampah dengar suara sendiri dalam video aduuu
ni scene paling mahal lah. Haha tajuk drama "Projekku 100 hari"

Iqra
Ni subjek untuk KoQ. Lek-lek je KoQ kitorang. Walaupun kelas every week ada tapi ustazah pun sempoi je. Untuk Community Service kitorang buat dekat area Ampang. To be honest, aku rasa takut lah sebab ni dekat rumah anak yatim dan asnaf tau. So mestilah budak-budak lagi ramai. Aku mana reti entertain budak-budak. Nak borak dengan budak lagi muda dari aku lagi aku tak tahu. Hmm. Tapi bila dah sampai tu okay je. Dorang pun sporting. Cuma, yelah budak zaman sekarang punya style lah. Tak sama macam kita. Aku macam terkejut lah dorang ada instagram siap buat live kot. Aku macam uyoo aku pun tak pernah buat live. Heh

Okay nak cerita preparation untuk hadiah, modul apa semua. Rezeki anak-anak tu kan murah sangat. Kitorang sampai pening duit macam banyak sangat. Yang dalam paperwork RM1,500 macam tu termasuk makan minum. Tetiba duit dapat RM4,000 lebih macam tu rasanya. Itu cash tau. Sebab kan kitorang buat collaboration dengan Pusat Islam (Masjid UTM) kitorang dapat RM1,500 cash and RM1,500 dorang belikan goodies lah, makanan pun dorang sponsor dari pagi sampai petang! RM1,000 ada Masjid Setiawangsa bagi. RM1,500 pihak UTM memang bagi untuk Community Service ni. Ada beberapa ratus, antara kitorang sedekah macam tu. Kitorang tak perlu minta derma bilik ke bilik. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dekat anak-anak tu.

Aku paling excited kalau hiasan lah kann. So cover depan modul aku buatkan. Aku happy sangatt hahah. Aku buat juga untuk tag nama ahli group kitorang. Tengok nii

  

Memang penat weh entertain dorang semua. Ada yang nangis, ada yang dok pegang baju kitorang, ada yang tidur dekat bilik, ada tak nak join . Dugaan lah. Tapi overall best. And ada sorang tu cakap "akak nak balik dah ke? Nanti datang lah lagi" sedihh. Rindu sangat dorang semua. Teammate KoQ pun bagus-bagus!

Alhamdulillah, habis dah hidup aku di UTMKL. Ada yang manis ada yang pahit. Ada lah banyak benda aku tak suka dekat UTMKL ni, tapi ada juga banyak benda yang aku suka, tapi semua tu akan jadi kenang yang mungkin aku juga akan rindu kot?