Thursday, May 16, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 5


Assalammualaikum semua! Salam Ramdhan ke-10 semua
Okay untuk semester lima ni, kalau Diploma QS samada di UTMKL atau UiTM Seri Iskandar, kita akan berlatihan industri. Internship? Praktikal? Haa sama semua tu. Jadi, kalau untuk UTM kita akan praktikal selama 20 minggu, which is 5 bulan macam tu. Kalau UiTM dalam 4 bulan macam tu. Untuk apply firm mana semua tu, kita buat masa semester 4. Kita apply sendiri ok, bukan lecturer carikan. So kena pandai-pandai cari sendiri lah. Masa batch kitorang, praktikal boleh dekat area Selangor dan Johor Bahru sahaja. Mostly dekat Selangor pun area Shah Alam, Bangi, Seluruh KL, TTDI macam tu je tak ada pula sampai Hulu Selangor (Tanjung Karang ke apa) macam tu. Pun mungkin tak ada firm kot dekat situ. 

Firm yang kita nak pilih pun kena consultant firm, bukan contractor. Ada juga certain firm yang dah kena 'blacklist' sebab ada sejarah tak elok yang dah dihadapi batch-batch sebelum ni kot. So nanti tu semua lecturer akan bagitahu masa taklimat LI. Setiap hari rabu sepanjang semester 4 tu.


Meh aku cerita perjalan semester lima kita ni macam mana eh. Senang sikit.

1. Cari tempat latihan industri dan cari tajuk kajian topikal
Ok, kita mula dengan tempat latihan industi dulu. First, cari dalam google dulu korang nak praktikal dekat mana? Macam aku prefer dekat rumah, sebab jimat duit untuk tempat tinggal. Kena faham tau, praktikal ni pun banyak pakai duit. Sebab elaun boleh jadi dapat, boleh jadi tak dapat. Ada company bagi sikit, ada bagi banyak. Rezeki masing-masing lah. Kalau ikut lecturer, memang dia cakap tak kisah semua tu yang penting ilmu. Heh, betul tu. Cuma kalau yang ada masalah kewangan tu kena consider banyak benda juga. Tak kira transportation lagi, makan-minum lagi. Yuran pengajian dan perkhidmatan UTM pun kena bayar tau. Tak silap aku kena bayar full. Cuma hostel kau tak payah isi borang penginapan lah, so tak adalah kena bayar hostel.

Dah dapat firm mana nak, call dulu! Tanya lah ada kekosongan ke? Kalau ada, apa procedure dia? Mostly firm akan minta resume, latest result semester kita, surat dari UTM. Okay untuk resume, ada template yang boleh follow dari UTM juga. Untuk surat dari UTM pula, kita kena isi borang dulu, isi nama firm apa semua details. Minta tandatangan lecturer. Nanti UTM keluarkan surat, Kita boleh email dekat firm yang kita nak tu, attach sekali resume dan latest result. Tunggu dalam dua minggu, ada tak respond? Kalau ada dua-tiga hari after dah sent tu try call. Kalau dorang tak respond dalam masa dua minggu. Boleh try firm lain. Jangan apply banyak-banyak firm dalam satu masa. Sebab kalau dapat, lecturer tak bagi kita reject. Kena terima. Habis tu yang lain-lain tu nanti macam mana? Kang UTM kena blacklist pula

teruknya kembang tulisan dia. annoying pula tengok lama-lama. tapi macam ni lah korang akan dapat dari firm tanda dia terima kau. Haa masa dapat ni, rasa macam happy gila! Sebab dah settle dah satu masalah haha. Dah dapat tu tolong lah member yang lain tak dapat lagi tu! Nak berjaya sama-sama kan?

Okay cari tajuk untuk Kajian Topikal pula! Apa tu KT? Senang cerita macam mini thesis. Kena buat proposal dulu. Nanti end of semester 4 kena bentang sorang-sorang dekat dua orang lecturer. Ni lah yang korang kena bentangkan. Tapi aku punya ni banyak kali kena ubah ok? Tak adalah hebat mana. Agak-agak boleh buat and senang nak gain data masa kau praktikal okay lah


Setiap yang kita tulis dalam presentation tu akan dipersoalkan. Macam aku kena tanya, kenapa sekolah? Kenapa Bangi? As long as ada justifikasi jangan risau, okay je! KT ni tak kisah pun tajuk apa. Luar bidang QS pun tak apa, ada je buat pasal student yang kerja part-tima lah, UTM punya KoQ lah, cafe KSJ lah. Macam aku, aku nak tajuk yang tak ada interview, yang tak ada kena pass borang ke apa. Senang cerita, aku tak nak ada interaction dengan manusia untuk KT aku ni. Sebab tu aku pilih tajuk, yang data dia boleh cari dari firm tu je. 

2. Task yang perlu diselesaikan
First, report daily kita kena record dalam buku log dan website Industrial Training UTM. Actually, boleh je ambik yang online tu, print and tampal dekat buku log. Tak payah buat dua kali kan? Tapi sebab aku rajin dan suka menulis, so aku buat dua-dua. Even ayat sama je!

Second, report Latihan Industri tu sendiri. Ni secara weekly. Apa yang kena ada semua tu ada dalam buku panduan yang kena beli sekali dengan buku log dekat pejabat. 

Third, report Kajian Topikal kita. Kalau aku, masa cuti semester tiga bulan tu, sebelum start praktikal aku buat dua bab dulu.

Bab 1 - Pendahuluan
Bab 2 - Kajian Literatur
Bab 3 - Metodologi
Bab 4 - Hasil Kajian

Sebab Bab 1 dan Bab 2 ni, boleh settle tanpa apa-apa data. Kena guna bahan bacaan je. So macam kita praktikal tak ada lah penat. Kalau dapat company yang sibuk, asyik overtime je, balik dah penat bila nak buat kan? Weekend mesti nak rehat. Untuk Bab 3 dan Bab 4, kalau boleh buat rangka pun nice, dapat data terus masuk je. Lagi senang! Okay kita kira ada 8 bulan sebelum presentation and submit. Tiga bulan terawal dah settle dua bab. Lagi lima bulan tu kita peruntukkan untuk dua bab terakhir and final touch up je. Macam aku, siap satu bab terus submit. Lecturer kata dah ok. Terus submit the next bab tu. Lecturer pun macam muak tengok aku laju sangat buat report. Padahal aku dah buat awal-awal heh. 



3. Praktikal
First day praktikal tu weh lama gila rasa! Sebab tak ada kerja sangat. Awal-awal masuk tu kena baca company profile bagai haha. Kena dengar admin bagitau undang-undang firm tu apa semua. First day aku dah rasa rindu nak belajar dekat kelas balik. Siap whatsapp lecturer aku ok sebab rindu haha.
Setiap hari aku akan count down lagi berapa hari nak habis intern. Total ada 100 hari tau tak termasuk sabtu ahad. Ada member aku tu sabtu pun kerja. Selalu OT. Ada intern sorang-sorang. Alhamdulillah aku dengan member aku ni rumah pun dekat, kira kamceng lah. Hari-hari pergi kerja, kakak aku hantar kan sebab dia pun intern dekat area situ juga. Dia intern tiga bulan je weh. Seronok gilaaa. Habis dia intern, mak aku minta izin nak balik Malaysia sebab nak jaga and hantar aku pergi kerja. Sanggup weh heh. Ayah aku pun izinkan je. Comel je. Aku rasa aku forever baby girl dorang kot. Kalau macam family aku ada hal, kakak member aku yang hantar kan. 

Ni masa celebrate birthday aku ke 20!


Tempat aku intern bagi aku best ah! Kerja ada je, ada masa banyak. ada masa tak ada kerja sangat atau tak ada langsung. Bos pun jarang ada. Tapi dia bagi by email. Kadang-kadang ada staff lain bagi. So masa tak ada kerja tu lah, aku buat report semua tu. So aku balik terus tidur! Balik pun on time. 5 pm sharp keluar office. Kedai makan area sana, quite expensive lah. Sebab kita dah biasa makan dekat Uni dalam RM 5 kan. Sana macam basic dalam RM 8. Aku dapat elaun, dalam RM 300. Berbaloi lah sebab tak sibuk macam member yang lain. 


Heh ni lah tempat yang aku dapat data-data untuk KT aku. Thanks a lot weh, member praktikal aku semua tolong aku cari kan data! Baik-baik dorang semua.


Buli? Hm ada juga la.Kena suruh cuci toilet tu paling aku tak boleh terima weh. Aku sampai bagitahu mak aku kot. Haha anak mak sangat. Tapi lama-lama tu macam aku ok je cuci toilet, sebab toilet dia tak kotor. And to be honest aku dekat hostel pun memang suka cuci toilet. Ada member bagitau aku, kalau nak bersihkan hati ni salahsatunya kena banyak buat kerja khidmat macam cuci toilet ke apa. Hoho so awal-awal je lah rasa macam kena buli, lama-lama tu aku ok je. Pun berapa kali je kena dah dua kali sepanjang lima bulan tu. Sebab selang seli dekat budak intern lain. Kitorang masuk dulu, pastu baru ada lima orang dari UiTM. Masa tu meriah lah! Masa tu baru rasa kejap je praktikal. Sebab kitorang ni ada lah teman nak berborak. Kalau tak asyik berbisik je dengan member UTM aku ni hahaha

Ni hadiah perpisahan daripada kitorang haha. Company pun ada buat farewell party untuk kitorang. Terharu sangat. Supervisor kitorang sibuk gila tau. Tapi masa farewell tu dia siap join, bagi ucapan semua. Heh. Tapi rasa happy tu lagi besar dari sedih uhuk. Finallyyy habis kan!

4. Presentation and Submission 
Ni semua kena buat sebelum habis intern. Like empat minggu sebelum habis intership. Kiranya masa minggu ke 16 macam tu. Cuak? Ye sangat! Tapi rasa excited jugak sebab dapat jumpa member. Haha, kena minta cuti dari company. Kita boleh cuti lima hari termasuk MC tau. UTM memang bagi. Tapi ada certain company tak bagi cuti, atau kau kena ganti. Tapi alhamdulillah, company aku okay je, aku rasa macam terlebih pula lima hari aku cuti. Lima hari tu aku cuti untuk keperluan aku lah. Selebihnya untuk event UTM; acara penyampaian hadiah lah, taklimat lah, presentation.