Sunday, December 1, 2019

Hari Konvokesyen ke-63 Universiti Teknologi Malaysia!




Assalammualaikum and selamat petang semua!
Dah berhabuk betul blog saya ni ye, hm takdelah sibuk sangat cuma malas dan tak rajin je. Tapi lately saya tengok viewers untuk Diploma Ukur Bahan banyak betul mungkin ramai SPM Leavers yang cuba mencari sinar untuk nak teruskan perjalanan akademik masing-masing. Jadi untuk itu, saya nak kongsikan perjalanan saya dari SPM-Diploma UTMKL Bidang Ukur Bahan. 

Jadi saya sebenarnya lepasan MRSM Tun Ghafar Baba, Aliran Sains, tiada kaitan dengan teknikal, tak pandai melukis tangan keras, kira-kira akaun (seimbang ke tak) pun tak tahu. Tapi alhamdulillah saya boleh bawa lagi course ni. Hehe

Jadi macam mana saya boleh pilih untuk teruskan perjalanan saya ni dalam bidang ni, pertama sekali sebab ayah saya seorang Ukur Bahan dan dia suka kalau one of his children ambil bidang ni. Tapi, semua adik beradik saya semua dah ambil bidang engineering dan tinggal saya sorang je. Saya pula tak lah pandai sangat Add Maths, saya A- untuk subjek tu jadi saya tak nak tengok dah benda tu haha. Sebab tu saya ambil course ni. Ada lah jumpa sikit-sikit tapi jangan risau kita boleh punya! Masa tu baru rasa, "halah macam ni je ke" 



Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi saya diberikan anugerah "gold medal" sebab pointer lebih 3.67. Susah ke nak dapat pointer tinggi? Hm, pada saya, boleh je kawan-kawan! InshaAllah takde yang mustahil. Ramai je cakap pointer ni takde apa lah, nanti kerja tak lah tengok ke apa. Tapi pada saya, ini satu kepuasan. Saya tak nak membazirkan duit mak ayah saya. Tak salah kan kalau kita nak 'aim' yang terbaik untuk diri sendiri? Bila saya masuk universiti ni kan, saya perasan pointer tinggi bukan lah bukti kepandaian seseorang. Saya ada ramai kawan yang pointer kurang dari saya, tapi jauuh lagi pandai daripada saya tau. Tak tipu, betul! Kadang-kadang tu diaorang pula yang tolong saya hehe. 

Tips untuk dapat dekan setiap semester

Bila kita sambung belajar ni kan, akan ada banyak dugaan. Salah satu dugaan bila kita tengok kawan-kawan kita berjimba, assignment buat lambat atau ala kadar. Jadi kita kena ikut ke? Kita kan remaja mesti lah nak bergembira dengan kawan-kawan nanti dah kerja, dah mula ada komitmen tak boleh dah berjimba. Bukan tak boleh berjimba, boleh! Tapi kena tahu mana satu keutamaan. Penting tu! Benda ni kita akan implemen dalam kehidupan selepas zaman belajar jugak. Jadi saya nak kongsikan sikit tips untuk dekan. Gitu kan, rasa macam poyo pulak nak kongsi tips macam ni hahah. Yang mana baik dan bermanfaat ambil lah ya!

1) Nak berjimba? Boleh!
Okay, kalau nak berjimba, nak pergi bercuti dengan kawan-kawan buat lah waktu Week 1-2 Lecture Week/Minggu Kuliah. Nak tahu sebab apa? Sebab waktu ni, lecturer baru bagi Course Outline biasanya tak mula lagi kuliah yang berat-berat. Jadi kalau homesick ke malas ke sebab baru masuk kampus, kumpul lah kekuatan waktu ni ya!

2) Pastikan markah tutorial, individual/group assignment tinggi!
Nak tahu kenapa? Sebab benda-benda ni boleh berbincang dengan kawan-kawan, ada contoh daripada senior, boleh tanya minta tunjuk ajar dari lecturer sendiri, boleh google cari bahan. Jadi macam sayanglah kalau tak boleh score! Jangan mengada-ngada tak nak hantar assignment tau! Buat betul-betul! Sayang gila bila markah yang mudah dapat kita tinggalkan. Sebab ujian atau peperiksaan akhir belum tentu kita boleh jawab kan? Entah apa entah soalan yang lecturer keluarkan pun kita tak tahu

3) Cari cara belajar yang paling berkesan
Ada orang cakap study group/belajar berkumpulan bagus, ada orang cakap tak bagus. Ada orang boleh belajar seorang. Ada orang suka buat nota. Jadi terserah pada diri sendiri. Kita sendiri kena cari cara kita. Macam saya, boleh je study group, saya rasa seronok tapi saya kena belajar dulu topik tu, tak nak lah blur-blur datang belajar dengan kawan nanti lagi bercelaru saya rasa haha.

Cara saya belajar yang saya rasa berkesan, saya suka belajar sendiri. Tapi kalau ada kawan-kawan tanya atau minta ajar (contoh mengenai soalan kira-kira) saya sangat suka untuk ajar atau bagi pendapat saya (kalau soalan mengenai kontrak/undang-undang). Saya biasanya akan belajar daripada nota lecturer dulu lepas tu saya akan belajar daripada soalan-soalan tahun-tahun lepas. Dari situ saya akan lagi faham, sebab saya akan nampak bentuk soalan tu macam mana. Alah, lebih kurang kita buat latih tubi SPM macam tu lah. Mana nak cari soalan tahun lepas? Biasa dekat Library Uni Website masing-masing ada jee.

Okay rasa tu je tips yang selebihnya macam amalan ke apa biar lah rahsia saya dengan Allah. Cuma yang saya boleh pesan, jadi anak yang baik, telefon mak ayah tu selalu, hari-hari lagi bagus hehe, buat 5 rukun Islam (ini wajib yaa), jadikan Allah tu sebagai tempat kita bergantung. InshaaAllah dipermudahkan urusan kita. 

Saya rasa macam nak cerita perjalanan konvokesyen lah. Jom! Ok, kalau untuk penerima "gold medal" UTM akan adakan majlis khas untuk kita tau. Macam majlis anugerah cemerlang gitu dekat hotel di JB. Macam saya dulu di Impiana Hotel. Makan buffet tau. 






Untuk konvokesyen diploma saya ni, UTM akan bagi dua kad masuk untuk ibu ayah kita apa, kalau ibu bapa tak dapat datang sesiapa pun boleh je. Macam saya, mak ayah dan adik beradik tak dapat datang so saya bagi je kad masuk ni dekat kawan so ramai lah family dia boleh masuk agitu.


Nak dijadikan cerita, sehari sebelum saya konvo, kakak saya pun konvo juga untuk Degree dia di UTM, haaa sama-sama lah kita. Saya tolong jadi photographer dia hehe.


Ni siapa bagi bunga ni, ehem ehem. 


Disebabkan kita tahu yang waktu konvo nanti mesti ramai kawan-kawan kita spend time dengan family, jadi, kita buat photoshoot pre-convo sehari ke dua hari sebelum majlis. Tak ada masalah sebab jubah memang boleh sewa beberapa minggu sebelum majlis, pun kami semua duduk dalam UTMJB ni. Cuma tak lengkap lah, sebab ada kawan-kawan yang belajar sama-sama UTMKL tak sambung UTMJB untuk degree. Ada yang di UiTM, UM dan sebagainya.


Masa kami naik pentas, lecturers masa kami diploma UTMKL tengok live dekat studio. Rinduuu haha terima kasih Puan Huda, Puan Rosmiza, Miss Alvina, Puan Rafizah, Sir Q, Encik Yus dan lecturer yang baru, tak sempat nak berkenalan uhuk.

Oh btw, sepanjang majlis konvokesyen ni memang akan live dekat facebook, jadi kalau parents tak dapat datang, duduk jauh ke apa, boleh suruh diorang buka facebook tengok situ je. Hehe dunia dah moden kan, boleh lah minta tolong diorang untuk recordkan masa korang naik pentas tu. Boleh lah buat story instagram ke 


So this is my roommate and best friend since tahun 2 hehe. Kitorang lain course tapi sebab diploma ni tak ramai, jadi boleh satu session konvokesyen dengan dia :)


Ni bunga konvokesyen yang saya buat untuk kakak, kawan-kawan rapat. Rajin kan? Bila fikir balik, jenuh gak, harga pun lebih kurang sama je. Dah lah lain kali beli je lah hahaha