Thursday, June 27, 2019

Kuala Lumpur to Melbourne (Part 1)


Assalammualaikum! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua. Alhamdulillah kita semua masih diberikan kesempatan untuk menghabiskan ibadah-ibadah di bulan Ramadhan. Semoga Allah terima amalan kita. Aaminn. Cepat semua sebut Aaminn!

Okay untuk post kali ni, nak cerita trip kami sekeluarga ke Melbourne, Australia 10 Jun - 19 Jun. Serious talk, actually tak bercadang nak pergi Aussie buat kali kedua. Sebab dua tahun lepas dah pergi Perth. Why not kita try negara lain kan? Tapi ayah tiba-tiba je whatsapp cakap dah beli tiket. Ambik kau sampai sepuluh hari. Ayah cakap dah boleh start buat itinerary. Ayah beli tiket masa tu bulan Nov 2018. Masa tu tengah internship (semester 5) tapi settle buat itinerary and booking semua bulan june sebelum raya haritu. Heh, tak susah buat iti. Tapi sibuk FYP and so on kan dan untuk family kitorang ada beberapa syarat kalau nak tempah hotel/apartment:

1) Kena ada kitchen sebab nak masak senang. 
2) Ada wifi
3) Parking free
4) Harga satu malam tak mahal sangat

So sharing kali ni, harap boleh bantu yang memerlukan dan untuk kenangan kami sekeluarga juga. Jujur cakap, Victoria is beyond our expectation. Kitorang tak expect secantik ini!

DAY 1 (10 June 2019) KUL-AVV 
Untuk trip kali ni, kami naik Air Asia. Jadi plane akan landing dekat airport terbaru; Avalon Airport. Jadi kitorang memang expect, airport dia mesti tak besar, tak banyak kedai. Bila sampai yes as expected. But that's okay, kita pun bukan nak buat apa pun dekat airport hoho. So awal-awal kitorang dah book kereta sebab memang nak drive. Jenuh jugak lah nak cari company kereta yang ada good review. Sebab mostly ada bad review, susah nak dapat rating 4-5 tu. Jadi kami pun tawakal booked dekat company Enterprise. Dan dalam google cakap company tu salah satu company yang tutup lambat since our flight landed at 8pm. Nak lepas immigration and custom lagi. Australia punya custom sangat strict okay. Nak-nak kalau kita bawa makanan. Memang semua kena declare. Kena mengaku tau! Jangan tipu.
Ni tips kalau nak bawa makanan dari Malaysia ke Australia. 

1) Bawa makanan yang dalam packet/tin/botol. Contoh macam maggi, sardin dalam tin, kari ayam dalam tin adabi, nasi segera Brahim. Yang penting semua makanan yang kita bawa tu ada label gram. Senang cerita bukan fresh food. Macam sayur kita beli dekat pasar ke, makanan yang kita masak sendiri pastu bawa bekal ke. No no. Diorang takdelah marah, cuma nanti diorang buang je lah. Tak ke sayang. Sebab kitaorang pernah bawa bekal sandwich masa di Perth, plannya nak makan dalam plane. tapi terlupa so yea dorang ambiklah sandwich tu yang lain semua lepas je. 

2) Nak senang buat list makanan. Ada nama makanan, nama syarikat keluarkan produk, berat produk tu.

Senarai Makanan ke Australia

Don't worry, proses immigration and custom apa semua tu dalam 30 minutes approximately. So kami terus ke Kiosk Enterprise untuk ambik kunci kereta. Kami memang book untuk kereta sedan. Even dia bagi promo upgrade kereta besar, ayah still refused. Sebab ayah cakap kereta sedan lagi stabil dan selesa bila nak jalan dekat Great Ocean Road tu. Nak tahu kenapa? Kena terus baca okayy!

So tadaa! Ni kereta kitorang sewa sepanjang dekat Melbourne. Hyundai Elantra. Biru kauu.


Untuk malam tu, kami tak nak ambik risiko jadi kami booked siap siap hotel yang check in dia bukak sampai lewat malam. Alhamdulillah untuk malam tu kami tinggal di Gateway Hotel. Dalam 20 minit nak ke sana. Masa tu memang dah gelap tau, ye lah winter malam cepat. Risau gila sebab bawa kereta sana dengan Malaysia a bit different. Even green light pun, kalau nak belok ke kanan still kena tunggu kereta dari simpang depan tu lalu dulu. Macam europe pun gitu. Kena buat survey sikit ok kalau nak drive dekat negara orang. Tapi lesen boleh pakai lesen Malaysia je tau! Tak perlu international license.




Gateway Hotel, Princes Hwy, Geelong.
Price: 150 AUD

This is my personal review, hotel sangat selesa. Sangat besar. Kitorang booked untuk 4 orang tapi katil untuk 5 orang. Sangat bersih! Siap bagi breakfast! Comel je breakfast dia. Btw, tak ada kitchen untuk yang ni, sebab satu malam je dekat Geelong. Lepas tu nak gerak ke Melbourne City



Ok sebelum proceed, nak bagitau yang kitorang tak beli simcard or data. Sebab semua hotel yang dah dibooked katanya dah ada internet. Pun internet dekat mall dia pun ada, so senang je. And sebab sewa kereta tu orang tu bagi free GPS sebab kitorang ambil full coverage insurance which total kereta semua tu about 900 AUD

DAY 2 (11 June 2019) Geelong - Melbourne City
Haa kena tahu yang kalau overseas ni standard check in dia around 3 pm dan check out 10 am, memandangkan dari Geelong ke Melbourne City tu dalam 1 jam je, kami singgah ke Geelong Waterfront dulu, makan-makan calamari, fish and chips dulu, jalan-jalan. Singgah shopping barang groceries dekat Coles area situ duluu. Australia memang ada banyak supermarket tapi kami memang suka Coles sebab banyak pilihan, harga pun murah sikit rasanya. Ada cookies favourite kitorang dekat sini! hehe tu yang seronok tu. Air mineral wajib! Ada yang kata boleh minum air paip dia, tapi kitorang tak boleh masuk pula. Rasa lain.

Biskut dia chewy, choco chips dia tak kedekut! Sedapp



Ni di sekitar Geelong Waterfront. Banyak kapal, pun kalau nak makan fish/calamari and chips kira famous dekat sini. Personal opinion, quite kecik portion dia untuk harga. Rasa sedap je! Satu kotak dalam 12 AUD

 

Ada lah juga tanya, apa je boleh beli dekat supermarket overseas ni kan? Air mineral for sure, telur, sayur, buah-buahan, seafoods, chili paste banyak lagi! Jangan risau

Macam chef rasmi kitorang (mama) siap boleh buat udang masak sambal lagi kot! Kitorang beli udang frozen dekat coles 300g for 13 AUD. Tu je paling murah and worth guys. Ada lagi murah pasti kami beli haha



So gerak ke Melbourne City, masa tu baru pukul 2pm, jadi kami ke Queen Victoria Market. Apahal macam sendu jee, rupanya tutup dahh. Dia buka dalam pukul 9 pagi macam tu haha. Untuk parking, boleh je parking mana-mana tapi berbayar lah. Ada yang mahal, ada yang murah. Ikut tempat juga. Kalau dalam area QVM memang mahal dalam 7 AUD/hr

Untuk apartment kami sewa sepanjang dua malam di sini, saya guna Airbnb. Haa, hotel di Melbourne paling mencabar nak cari. Satu mahal-mahal. Satu lagi tak sediakan parking. Kena bayar lain lah kiranya. Ada tu sampai 24 AUD/day. Uish tak nak lah macam tu, macam tak worth pulak kan? Finally hotel ni paling menepati syarat-syarat parents saya. Parking free, wifi free, ada kitchen, dekat dengan QVM. Nice spot. Tenang sangat, kalau dekat area lain memang dah bising lah.




Rosslyn Street, West Melbourne
Price : 320 AUD for two nights (approximate)

Malam tu kami pergi Flinder Street. And jalan-jalan area sana. Dia ada Eureka Tower tau, tapi area sana macam susah beno nak jumpa parking. And kitorang naik kereta je jalan-jalan tengak view malam.

Ni Flinders Street, macam Bangunan Sultan Abdul Samad sekali pandang

DAY 3 (12 June 2019) Strolling around the city
Lepas subuh, saje lah nak jogging ambil angin pagi cewahhh. Sangat fresh and tenang. Rossyln street tu tak jauh dengan satu taman ni tau. Tak sure nama dia apa, tapi cantik dan best buat morning walk dekat sana.



Balik tu siap-siap breakfast. Tengok-tengok hujan renyai. Hm tidur kejap, pastu parents cakap takpelah keluar je, jalan je mana-mana. Sebab esok dah nak gerak tempat lain pulak. So me as tourist guide decided nak pergi rumah warna-warni tu hoho. Parking dia berbayar and guna credit card dalam 5 AUD. Papa seronok betul tangkap gambar, selang dua rumah ada gambar papa. Comel je hehe





Nama tempat ni Brighton Bathing Boxes. Best juga pergi tempat ni masa hujan sebab tak ramai, kalau tak mesti ramai orang kan? Nak tangkap gambar pun rasa tak selesa uhuk.

Okay kita sambung next post pulak!