Tuesday, May 14, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 2


Okay kita sambung untuk semester 2 pula. Dah semester 2, in shaa Allah dah pandai sikit lah kan nak buat kerja!


Building Services 1
Untuk subjek ni kita belajar sistem bangunan tu sendiri macam sistem pengurusan air, elektrik, telecommunication. Jadi bagi project subjek ni, group kitorang kena pergi interview company electrical engineering. Alhamdulillah, one of my groupmates ada kenalan dengan orang engineer macam tu. Tapii lecturer kitorang kata macam interview orang engineer yang buat installation. Yang kitorang pergi tu orang supply. Hurm, aku rasa dah habis diploma baru faham sebenarnya lecturer aku nak apa. Haha slow betul !

Construction Technology 2
Ni kira sambungan daripada Constech 1. Kalau dulu kita belajar pasal rumah. Kali ni kita belajar pasal comercial building pulak yang besar-besar. KLCC punya dinding takkan guna bata pulak kan? Kalau roof untuk kilang besar takkan guna roof tile kan ? So Constech 2 ni macam advance sikit. Untuk group aku diberikan project untuk cari pasal Dry Wall. At first aku rasa macam susah benau. Tapi dia partition je. Kalau macam dekat office tu kan, ketuk dinding dengar macam kosong je. Setiap group kena cari site untuk tengok sendiri kaedah pembinaan tu macam mana. Alhamdulillah kitorang dapat dalam UTM je. Senang kerja

 

Kalau untuk tutorial kena keluar jalan-jalan cari jenis-jenis scaffolding lah, formwork lah. Satu group satu jenis scaffolding. Haa nanti berebut nak jenis yang paling senang cari. Haha. tapi memang tu standard lecturer Constech UTM heh. So after kelas tu gerak lah cari scaffolding dengan syarat tak boleh masuk site sebab kita tak ada green card ke permission universiti. Bahaya!

 

Ada satu topik tu tentang Cofferdam, so dia ada banyak jenis. Lecturer kitorang bahagi untuk setiap satu group satu jenis. Kena buat macam lukisan je, minimize kan ayat and then tampal dekat dinding. nanti macam rotate lah. Katakan lah ada empat orang satu group, group ada empat. Nanti seorang akan masuk setiap satu group and cerita apa yang group dia buat dalam group tu. So automatically, semua dapat info. Hati-hati! Selang berapa hari nanti lecturer buat quiz topic ni. So pay attention ok!


Construction Measurement 1
Untuk semester 2, kitorang kena buat model bumbung pulak. Yang ni memang payah. Nak cari degree bumbung tu kena apply yang kita belajar Construction Maths masa semester 1 tu. Paling dugaan bagi aku sebab one of teammate aku pergi Umrah masa tu. So tinggal aku dengan sorang lagi member. Tapi dia lelaki, so nak buat discussion pun sampai pukul 12 malam je, nanti kena halau dengan guard KSJ. So ni lah hasil nya. Tak semudah yang disangka ok guys.

  

Principle of Economics
Ni kita akan belajar basic economy, macam micro and macro economies. Simple je. Task project pun simple, kena interview juga mana-mana consultant firm. Gitu-gitu je Untuk project ni aku sama group dengan project Building Services tu so orang yang carikan firm haha somewhere area Bangi kalau tak silap.

Masa ni amazed gila tengok Contract Document (warna biru) tebal macam kotak haha. Bila dah final year, dah masuk industry baru tahu tebal tu sebab drawing jee

Professional Practices
Ni subjek favourite ni. Simple, banyak membaca and faham kita punya role as QS and cara nak jadi registered QS. So untuk task subjek ni, kita kena buat academic visit ke BQSM dengan CIDB. If I'm not mistaken, aku dengan seorang member yang tolong contactkan. Aku tolong untuk BQSM, member sorang tu CIDB sebab ayah dia ada kenalan dekat sana.

  

Ni lawatan ke CIDB. tapi yang silapnya kitorang buat academic visit dekat gallery Industrial Building System (IBS) which is dah lain daripada apa yang subjek ni. Sepatutnya ni subjek tahun 2. Aku pun masa tu blur ikut je haha dah masa semester 4 baru faham kenapa silap. Untuk subjek Professional Practices ni kita visit CIDB yang bahagian Contractor punya bahagian. Itu PP punya syllabus.

Ni lawatan ke JKR bahagian Lembaga Jurukur Bahan Malaysia (LJBM)/ Board of Quantity Surveyors Malaysia. Dekat sini nanti dia bagi briefing sama macam dalam kelas juga, tapi at least kita tak ada lah blur tak tahu apa kan? 

Science, Technology, Mankind 
Ini subjek uni so kena score elok-elok. To be honest ni subjek paling aku tak faham apa yang aku belajar sampai sekarang dah graduate pun haha. Astargfirullah. Aku rasa hati aku gelap kot masa tu. Tapi lecturer tu kelakar, aku sorang je selalu gelak. Mudah terhibur. Lawak dia yang paling aku ingat, "Rohani dan jasmani bukan rohana" lama juga nak tangkap tapi bila dah dapat tu aku gelak sungguh-sungguh. Yang lain senyap je. Heh, subjek ni tak ada lah tak faham langsung, faham lah kejadian manusia tu macam mana gituu. Untuk project kena buat macam mini thesis rasanya. Satu kelas tak faham apa nak kena buat. Ramai yang last minute buat, sebab nak tengok group lain present dulu. Group ada banyak sebab kelas ni campur dua seksyen. Tapi alhamdulillah masa aku present tak kena tanya banyak. Ada group kena tanya banyakk. Hehe. Member Chinese kesian jugak lah sebab buku STM ni banyak term Islamic tau. So dorang macam selalu kena tanya, apa maksud tu ini. Untuk final, kitorang buat latihan soalan spot je. Sebab kalau nak baca, tak faham tu satu, banyak gilaa.

Intermediate Academic English
Untuk subjek ni kelas kitorang asyik kena buat presentation je haha seronok sebab tak ada lah pressure. Ada kena debate lah. Best part debate dengan lelaki tajuk antara cinta dengan duit mana penting. Lebih kurang lah tajuk tu. Kau tahu lah kalau perempuan debate boleh kalah ke? No no hahah. Kelas ni selalu balik lambat, and banyak juga tasks lah. Kelas sebelah macam relax relax je. Keluar results, kelas kitorang ada 3-4 orang A. itu pun A-. Kelas sebelah ramai rasanya. Haha tak apa lah. Pengalaman kan semua tu.

Ni masa debate by group. Aku tak sure dorang tajuk apa. Tapi group aku dapat tajuk Cash or Credit Card lagi better. Tak ingat siapa tah menang. Heh, tak kesah sangat pun. Sebab masing-masing enjoy je.  A night before, kitorang berpakat antara proponent dengan opponent share point masing-masing. Sebab kitorang nak buat macam ni nak tolong member yang kurang confident nak cakap spontan, Benda ni akan effect markah kot. So by doing this, everyone macam prepare enough lah.