Monday, May 13, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 2) Semester 1

Assalammualaikum, Salam Ramadhan ke 8!
Jadi kita sambung untuk Part 2. Entry kali ni aku cerita tentang perjalanan kalau kita ambil Diploma Ukur Bahan atau Diploma in Quantity Surveying di UTM KL. Ni semua based on experience aku selama tiga tahun. Mungkin akan berbeza sedikit dengan batch baru.


Aku nak mulakan dengan FAQ dulu heh:

Kenapa Quantity Surveying?
Sebab aku suka Mathematics, kira-kira, imagine, aku suka laws, economy pun minat sikit. So memang bidang ni fits me well. Maths ok bukan Add Maths yang pasti. Kalau engineering semua kena pakai Add Maths. Pun ayah aku seorang QS pengalaman lebih 30 tahun rasanya. Ayah aku nampak happy tengok aku isi QS as first choice. So why not teruskan legasi gitu.

Kenapa Diploma?
Disebabkan aku dah tahu hala tuju aku nak ke mana dan memang dah ada aim untuk jadi registered QS. Kalau aku ambik asasi UiTM katakan lah. Pilihan dia yang aku boleh amik Asasi Kejuruteraan, aku kena belajar Physics, Chemistry dan Add Maths yang semua tu tak pakai pun masa degree. Ilmu tu memang ilmu, tapi bagi aku sebab aku dah ada aim kan. Pun aku lebih prefer something yang pratikal. Aku tak sure kenapa takde Asasi Alam Bina masa tu?

Kenapa UTM Kuala Lumpur?
Haa ni banyak sebab, tapi sebab paling utama; ayah aku suruh untuk mudahkan aku balik ke rumah temankan mak aku masa weekend nanti. Ramai fikir aku anak manja, helloo aku duduk asrama dua tahun dekat ceruk melaka tu ok je (walaupun kadang-kadang homesick gila) tapi yes kitorang ada sebab tertentu buat macam. Aku dapat juga UiTM Seri Iskandar dekat Perak, tapi back to the main reason. Untuk memudahkan aku balik ke rumah. Dulu Perak tak ada airport, so macam susah sikit.

Believe it or not, tiga soalan ni paling hot lah sebelum aku jejak UTM sampai aku tahun tiga. So prepare yourself jugak!

Ok jadi kita start dengan Semester 1:

ni contoh slip yang kita akan dapat every semester. 

Untuk Semester 1 please buat betul-betul. Sebab PNGK akan affected nanti untuk the next sem. Kalau sangkut dekat mana-mana subjek nanti kena repeat. Subjek QS ni banyak yang bersangkutan tau. Subjek tiga kredit, kalau tak lepas nanti tak boleh teruskan subjek yang bersangkutan untuk next sem tu. Contoh kalau tak lepas Construction Mathematics, nanti next sem tak boleh ambik Measurement 1 macam tu.

Construction Technology 1
Subjek ni best sangat, sebab banyak jalan-jalan. Kita belajar jenis pintu, lantai, dinding, tingkap, bumbung. Kaedah nak bina macam mana. Nak excavate macam mana, kena letak apa before nak tuang concrete. Basically Constech 1 kita belajar pasal rumah je. Tapi aku tak score subjek ni sebab awal-awal masuk tu macam blur, buat report pun macam tak tahu sangat. Carrymarks tak berapa nice haha. Baru belajar takpe! Kita boleh improve ok?



  
ni kitorang ada lawatan rumah yang still under construction area Putrajaya. Kena cari sendiri ok? So kalau ada ayah yang contractor ke apa tu satu advantage lah. Yang site ni pun member kitorang uruskan.

Draughtmanship
Subjek ni pun seronok tapi stress bila tak dapat apa yang sepatutnya dapat. Awal-awal tu macam risau lah. Ye lah aku aliran sains kot masa SPM dulu mana reti nak lukis pakai pembaris T, nak pegang pensel pun mana reti lembut lembut haha. Aku macam expect boleh fail aku subjek ni. Tapi lecturer dan kawan-kawan sangat membantu! Untuk subjek ni kena ada scale ruler, pembaris T (boleh minta dekat senior, sebab pakai sem 1 je), A3 
ni akan dipakai sampai bekerja ok! So jaga elok-elok

  
  
nampak seronok kan? seronok cuma kena pastikan scale tu sama exacatly dengan dalam drawing. Guard house je pun haha. Mangkuk jamban tu tak tahu lah mana groupmate aku beli. Rasa dekat Advanco area Wangsa walk tu.

Introduction to Construction Measurement 
Subjek ni kita awal-awal study siapa terlibat dalam Construction Industry. Pakai method apa. Macam mana nak guna taking off, query list, taking off list. Pen merah untuk apa. Kira excavate foundation pun ada kalau tak silap 

  

Construction Mathematics
Bagi aku ni subjek paling seronok semester 1. Sebab aku boleh imagine kira dinding macam mana, bumbung tu quite challenging but serious kena faham betul-betul sebab berkait dengan banyak subjek sampai kita Final Year nanti.

ICT
ni pun kena score sebab senang, baca je. Tapi ye lah sebab aku memang tak pandai IT kot tu macam tu haha


Malaysia Dynamic and Introductory Academic English
Ini subjek Universiti. Jadi please score A kalau boleh sebab bantu cantikkan kita puna PNG sem tu. 


Pengajaran untuk semester 1 ni, score 60% carrymarks kita tu. Tutorial hantar, Presentation kena all out, Project buat report betul betul. Tanya lecturer mana-mana tak faham tu. Carrymark cantik senang hati nak masuk hall for final! Anyways untuk soalan past year test atau exam boleh tanya seniors atau pergi sini  kalau tak silap kena pakai internet UTM je. Dekat hostel pun boleh. Boleh buat rujukan juga past exams ni tapi tengok lecturer juga. Ada yang buat soalan sendiri je.

Penatnyaa baru semester 1. Nanti sambung untuk next semester ok?