Sunday, May 12, 2019

UTM Kuala Lumpur (Part 1)


Asalammualaikum/Peace be upon you!
I just finished my diploma life in UTM Kuala Lumpur for three years. Alhamdulillah, I never thought that I could survive there. Well, bukanlah neraka sangat UTMKL tu. Cuma lelah belajar mesti ada. Campur dengan external factors so semua tu cabaran untuk kita semua, tak kira dekat universiti mana pun.

Aku dulu nak masuk diploma ni pun, google nak tengok suasana dekat sini macam mana. Pengalaman students dekat sini tapi rasa macam tak ada atau aku yang tak jumpa. Banyak UTM Johor Bahru lah. Memang kebanyakkan dah lama. 4-10 tahun lepas macam tu. Jadi untuk korang yang nak masuk UTMKL ni, aku ada sediakan sikit cerita pasal UTMKL. The posts will be divided into two parts;

Part 1 - Cerita semua pasal UTM Kuala Lumpur yang aku lalui tiga tahun

Part 2 - Diploma in Quantity Surveying
(Diploma Ukur Bahan)

So jom baca pasal UTM Kuala Lumpur! 
Sebelum tu, aku nak bagitahu yang kampus dan hostel yang students duduk (Kolej Kediaman Siswa Jaya) adalah dua tempat yang berbeza. Ye jauh kalau jalan kaki dalam 45 minit kot sampai. Tak pasti sebab tak pernah buat pulak. Dengan takde pedestrian walkway nya, construction nya, kereta banyak, Haih bahayaa


Orientasi UTMKL bagi aku paling ok, tak penat dan tak ada bangun awal pagi tidur lewat malam. No no kita chill je. So jangan takut okay new intake! Seniors baik-baik semua. Tanya je apa-apa yang korang perlukan. Dorang sedia membantu.

1) Campus

Dekat kampus ni ada banyak bangunan. Ada untuk undergraduates and post graduates. Kalau untuk diploma pula, banyak fakulti dia. Fakulti Alam Bina dekat dengan Klinik UTM. Dah turun bas (dekat tempat banyak-banyak bas) tu belok kanan terusss sampai jumpa klinik. Masa aku first day dulu memang berpeluh ketiak cari kelas. Tawaf satu UTM ok? Masa orientasi, kitorang tak ada senior dari Fakulti Alam Bina sebab dorang semua (semester 5) pergi praktikal. 


Klinik UTM 
kalau sakit nak minta ubat ke MC pergi je. Rasanya bayar RM1 kot. Sorry lah tak pernah pergi sebab aku tak pernah MC rasanya lah. Pening ke demam datang je kelas, kalau mampu turun naik bas dari hostel ke kampus, tak kan tak mampu pergi kelas. Dah dekat sangat dengan studio tu. Aku jadi serba salah. Ponteng tu pernah lah, tapi aku whatsapp lecturer dulu. At least inform lah sebab nya.

Studio Ukur Bahan
ni kira studio kerusi biru dan meja kecik haha. Memang bersepah selalu nya. Jadi masuk sini jangan jadi manusia suka buang sampah dan buat sepah. Penat je belajar tinggi.

Studio kita ada dua. Kitorang kalau nak bezakan, pakai kerusi/meja. Studio kerusi merah dan studio kerusi biru. Atau studio meja besar, studio meja kecik. 

tu bangunan MJJIT. Biasa students diploma pakai tingkat 9 je haha

ni view dari tingkat 9 tu. Jakun sikit lah belajar nampak view KLCC. Bandar sangatt

Kelas
Kelas kitorang bersepah. Tak semestinya dekat Studio je. Boleh jadi dekat MJJIT, Menara Razak, Dewan Kuliah. Nanti mesti masa orientasi ada seniors tunjukkan. UTMKL tak besar sangat kalau nak bandingakn dengan UTMJB.

kadang boleh jadi kelas dekat sini. Masa kitorang tahun 1 pakai DK ni untuk subjek yang kena gabung seksyen. Tapi dah masuk Tahun 2-3, students dah ramai so pakai je untuk mana-mana subjek. 

ni library UTM. Kita panggil PSZ. Kadang test atau final exam buat dekat sini tingkat 4. Library buka 8 pagi sampai 10 malam. Aku biasa study masa study week atau musim final exam tu. Aku ada favourite spot aku heh. 

Kehadiran
Kalau rasa malas nak datang kelas atau ada sebab jangan lebih-lebih sangat. Nanti tak boleh ambik final. So pandai-pandai bahagikan. Tapi jangan lupa bagitahu lecturer, hormat juga lecturer! Belajar kena berkat tau. Macam aku nak pergi umrah, aku ambik setiap subjek tu 2 kali tak hadir. Actually UTM provide kan borang untuk cuti, ambik dekat pejabat Blok H. tapi aku masa tu dah last minute sangat so takut dorang tak approve kan (boleh baca dekat previous post "Saudi Arabia - Umrah") jadi aku ambik alternative kot lah tak approve, kira aku ponteng je lah. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

KoQ
Petang rabu sepatutnya tak ada kelas. Sebab ada KoQ. KoQ ni depends on course juga. Macam Ukur Bahan, kitorang ambik semester 6. Chill chill je KoQ ni, zaman aku ada Iqra', Simenfero, Drama, ICT. Aku ambik Iqra', belajar alif, ba, ta. Belajar sebutan makhraj yang betul. Tahsin Al-Fatihah. Sesiapa nak improve bacaan Al-Quran why not cuba kan? Setiap kelab akan buat Community Service. Macam aku buat dekat rumah anak yatim dan asnaf.

rindu dorang semua. tapi tak ada kesempatan lagi nak ziarah 

Cafe
Kalau tempat makan dekat kampus ni ada tiga, Cafe Pegawai (dekat dengan library), Cafe Meletop (aka Cafe Padang) sebab dekat dengan padang obviously dan Cafe MJJIT. Kalau aku paling suka Cafe Pegawai sebab murah sikit and ada sayur kerabu. Heh, tapi ikut juga kelas dekat mana masa tu. Kalau breakfast awal pagi best dekat Cafe Pegawai. Kalau MJJIT ada nugget dia sedap. Dulu tiga seringgit sekarang dah naik. Oh yeah, kalau nak macam up sikit kita ada Residensi UTMKL

Residensi UTMKL
Boleh jugalah panggil Gurney Mall. Ada kedai makan banyak tapi standard harga RM8 dan keatas lah. Boleh try The Sizzles punya Chicken Butter memang biasa order tu lah. Ada tealive, coolblog, Hot n Roll, KFC, Pizza Hut, Burger King, Speedmart, MyNews. Hotel pun ada kalau parents datang nak menginap ke. Personally, aku prefer book online Agoda ke apa dari walk in sebab harga dia jauh lagi murah kot!


2) Hostel

 Blok
Ada tiga blok, A, B, C. Tiga tahun aku dekat Blok A. Blok B campur, Blok C lelaki. Jangan culture shock ye bila masuk sini. Memang blok agak rapat-rapat. Tanah KL mahal so tak boleh luas sangat. Satu blok ada tujuh tingkat, dua lif tapi aku pakai masa aku tahun 1 je. Tahun 2 -3 aku naik tangga je sebab tingkat 1 je pun. Apa yang malas sangat



Pengangkutan
Ada bas disediakan (kita bayar yuran perkhidmatan RM325 tu include sekali) dalam selang 15 minit macam tu kot. Zaman aku nak habis semesterlah macam ada isu bas gitu. Memang kena berebut kalau peak hour tu. Especially masa nak balik dari kampus ke hostel. Kalau payah sangat naik grab. Yes, even kita dah bayar. Aku siap whatsapp dekat Perwakilan Pelajar kot masa tu haha. Masa awal masuk, tak payah risau sangat. Bas gerak je ada je yang lain. Mungkin sekarang dah okay kot? Start Tahun 2 boleh je bawa kereta kena dapatkan sticker semua tu. Tapi dekat kampus tak boleh parking, kena menapak parking dekat Residensi UTMKL 1 jam RM 1. Aku gigihkan juga naik bas sebab aku kenangkan RM325 aku dah bayar. Sayang kot duit. Penat parents aku kerja. Kalau ada kereta nanti aku merayap je

Bilik
Bilik kongsi dua orang and yang seronoknya ada bilik air dalam bilik kita. Bilik air tu kongsi dengan bilik sebelah. Macam connecting gitu. So rajinkan basuh toilet sama-sama ye. Jangan malas-malas.

  


  
Kalau internet kita cucuk dekat laptop pakai wayar apa tah. Ikut lah, ada bilik yang laju, ada yg slow. Kadang tak dapat. Cabaran belajar 



Cafe
Cafe sini memang tak segah macam UiTM heh. Awal-awal masuk tu macam sendu jugak lah tapi lama-lama tu redha je lah. Weekend aku keluar, weekdays aku makan dekat kampus. So jarang makan sini. Kalau nak tukar selera ada je food court, keluar dari guard house pergi kanan menghala ke ATM tu. Teruss je sampai dah. Bagi aku the best Tomyam dekat Puteri Tomyam. Kalau the best nasi goreng USA dekat Ita apa tah kedai dia paling depan meja merah sebelah Syazee. Kalau telur bistik paling sedap, Syazee. Kalau nak pergi pasar malam setiap hari Sabtu dalam pukul 5 petang tu dah start dah. Dari guard house ke kirii pastu kau Waze je "Tasik Sri Rampai" nanti in shaa Allah sampai. Oh yeah, ada juga Koop dalam hostel ini, nak beli ais krim ke maggi ke roti ke. Harga standard kedai runcit lah.

3) Entertainment

Paling seronok dekat sini semuaaa ada kecuali parents kau. Pandai-pandailah jaga diri. Kalau nak guna LRT dari Hostel boleh naik Station Sri Rampai. Kalau dari Kampus boleh naik Station Damai. Actually banyak tempat boleh pergi, nak picnic dengan kawan-kawan ke, pergi air terjun ke kalau ada kereta lagi senang lah. Ni antara lists tempat yang reachable guna public:

Wangsa Walk, Aeon Big Wangsa Maju, Aeon Alpha Angle - naik Grab dalam RM7 dari hostel, Sini paling dekat lah kalau nak beli apa-apa keperluan. 

Melawati Mall - naik grab dalam RM10 dari hostel

KLCC/Avenue K- nak naik grab boleh. Dari kampus murah dalam RM6 macam tu. Dari hostel mahal sebab dah jauh sikit. Nak naik LRT pun boleh. Nanti turun dekat station KLCC, dalam dua station dari Damai.

Pavilion/Ikea Cheras - (Laluan Kelana Jaya) Turun Pasar Seni ambik MRT. Tengok nanti platform mana. Turun dekat Bukit Bintang Pavilion macam tu lah nama dia. Kalau Ikea, turun Jalan Cochrane. Pun dah dekat dengan Sunway Veocity

By the way boleh je dari KLCC terus ke Pavilion jalan kaki ada bridge. Aku selalu buat macam tu, sebab aku kalau jalan suka banyak tempat. 

Muzium Negara - Turun KL Sentral (Ada Nu Sentral jugak sini) Cari station MRT Muzium Negara. Jauh sikit lah jalan. Best apa, bukan selalu kan haha

Pasar Seni - turun je station Pasar Seni. Dari sini boleh jalan banyak tempat. Sampai dekat Bangunan Sultan Abdul Samad.






Masuk UTMKL ni kena pandai jaga diri, ramai anak orang kaya. Ikut kemampuan masing-masing lah. Jangan terikut sangat. Jadi diri sendiri je. Yang penting belajar sungguh-sungguh.

Panjang dah post ni. Haha tu je lah. Next ada part 2 untuk yang nak ambik course Diploma Ukur Bahan