dalam benak ini, tersimpan suatu perasaan, perasaan yang saling berkait. hendak diluahkan tetapi tidak tahu mana permulaan kisahnya. mungkin tiada seorang yang mampu memahami serta menghayati kisah yang tiada penghujungnya sehingga tiba suatu saat segala-galanya akan berakhir buat selama-lamanya. jikalau diberi tinta, tidak akan mampu aku tulis segala perasaan ini. aku hanya diberi kekuatan untuk berkias, kiasan yang tidak semua dapat menghayatinya. maaflah. mungkinkah bila aku bertanyakan pada sang bintang mengenai kesetiaan, akan sang bintang itu jujur? sedangkan bukan setiap malam dia menemani aku. datang awan hitam, dia berselindung meninggalkan aku. mungkinkah bila aku berbicara mengenai kesetiaan, akan diri ini berbicara sejujurnya? kerana bukanlah setia diri ini. lemahnya diri aku sehingga tidak tahu tinggi mana tahap kesetiaan hati sendiri. mungkin kerana aku belum lagi diuji dengan kesetiaan dalam percintaan, belum tiba masanya. ini bukan persoalan cinta, aku tidak kecilkan skop kesetiaan. luaskan
sendiriku biarkan diri ini berjalan dalam kegelapan malam bergerimis. gelap tiada cahaya. dengan hati yang diselaputi kerinduan, kehampaan, keraguan dan segala macam perasaan. dari mana datangnya, perasaan ini. entahlah. biarlah dia datang, biar aku tahu yang hari hari mendatang tidak akan sentiasa indah. biarkan aku terjaga dari lena yang panjang, menyedari norma kehidupan ini. aku benar benar ingin berterus-terang aku rindukan kenangan lama, bukan kenangan berbelas tahun yang lepas tetapi kenangan yang tidak sampai setahun itu. kadang kala kotak fikiranku sering menanyakan soalan yang sama, kenapa semuanya berubah dengan sekelip mata? kenapa janji itu dimungkiri? tidak tercalit sedikit pun perasaan rindu dalam hati kau? tapi persoalan itu tiada jawapan sampailah detik ini. aku meletakkan harapan setinggi gunung agar persahabatan kita selama ini tidak berdindingkan ketidakikhlasan.
setelah aku mengorak langkah, membawa raga ini jauh dari cintanya baru aku sedar jiwaku tidak dibawa bersama. jiwaku tertinggal bersama cinta yang sememangnya aku ikat rapi lalu kutinggalkan bersamamu agar jiwa kita sentiasa bersama walaupun raganya tidak. aku sayangkan persahabatan ini