Wednesday, November 20, 2013


Bismillahirahmannirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Jauh di sudut kotak hati aku, aku rindu. Tipu kalau aku cakap aku rindu kau seorang. Tak, memang ramai yang aku rindu tapi kau salah satu daripada mereka yang istimewa dalam hidup aku. Bagi aku, semua orang istimewa. Maklumlah, mereka yang datang dalam hidup aku, semua dengan izin Allah untuk memberikan aku sedikit memori. Memori yang berlainan yang ada macam-macam warna. Maaflah, perasaan rindu tu memang tak boleh aku tepis kerana itu semua lumrah kehidupan. Mungkin aku boleh jerit dekat satu dunia untuk memberitahu semua orang yang aku rindu kau tapi aku tak mungkin mengakuinya depan kau. Serius, ego aku tinggi. Kau pun tahu, kan? Bila kau depan mata, aku buat tak tahu saja kononnya kau tiada apa di mata aku. Bila kau dengan aku, aku tak gunakan masa tu dengan sebaik mungkin. Kau tak tahu, dalam hati aku tersimpan beratus soalan, beribu ayat dan mungkin berjuta cerita aku nak kongsikan dengan kau. Cuma aku yang tak pandai meluahkannya. Bila rindu, 1001 cara yang muncul dalam minda aku. Ada juga idea yang agak kurang cerdik yang kalau aku buat hanya menyerlahkan kejahilan diri sendiri. Ada idea yang susah, tapi kalau diberi peluang akan aku cuba walaupun aku sendiri tak tahu kepastiannya menjadi atau tidak. Tapi idea dan cara yang paling senang adalah dengan berdoa. Berdoa terus kepada Allah. Allah Maha Mengetahui. Allah tahu segala isi hati kita. Tak kiralah celah mana pun kita sorok, Allah tahu.  Dekat ceruk mana pun kita sumbat, Allah tahu juga. Bila difikirkan balik, aku tahu kau pun tak pernah rindu aku. Kau pun tak ingat aku atau yang paling sakit, kau pun tak tahu kewujudan aku. Tapi satu benda kau kena tahu, aku tak menyesal pun apa yang jadi sekarang ni dan tak akan menyesal. Aku cuma penat berharap sesuatu yang agak mustahil akan berlaku. Aku cuma penat menunggu sebuah penantian yang bertahun lamanya tanpa sebarang kesudahan. 

Perempuan atau lelaki yang aku rindu, itu belakang cerita. Apa pun dia dengan aku itu bukan persoalannya. tapi yang penting aku rindu kau. Ya, kau. Kalau kau cakap dengan cermin "siapa yang rindu aku?" Biar cermin tu jawab, aku orangnya. Tapi kerinduan aku tak akan boleh lawan kerinduan Rasulullah terhadap umatnya. Ingat tu. 

"Bagi aku semua orang istimewa. Maklumlah, mereka yang datang dalam hidup aku, semua dengan izin Allah untuk memberikan aku sedikit memori. Memori berlainan yang ada macam-macam warna "