mungkin kau mengharapkan akan hadirnya seorang yang memahami kau. tapi sebenarnya sudah lama seseorang yang memahami diri kau tu datang. cuma kau tak sedar kerana mungkin kau terlalu bersangka buruk terhadap semua orang. lain yang cuba disampaikannya, lain yang kau faham. yang kau fikirkan itu selalu sahaja negatif. dan perselisihan juga pengakhirannya. aku minta satu daripada kau, cuba izinkan hati kau untuk membuka pintunya sendiri untuk menerima apa yang cuba disampaikan dengan seluas-luasnya. cuba izinkan diri kau untuk bersangka baik sentiasa. kau mengadu akan kepayahan hidup kau. tetapi kau yang menyusahkan hidup kau sendiri. dengan perangai yang tidak pernah ada sedetik pun dihati kau untuk berubah. kau tak sedar yang sebenarnya ramai yang terguris hati kerana kau. kerana perangai kau yang terlalu mementingkan perasaan sendiri. terlalu.