Sunday, October 5, 2014





aku tak pernah terfikir yang aku akan berada di sini. ya, dah besar dah aku. jujurnya, aku terharu. masa aku darjah lima, aku tak pernah nak ambil tahu kehidupan selepas sekolah rendah. sebab mungkin aku tak akan pernah berpisah dengan kawan-kawan. tapi siapalah aku, buat rancangan pun macam tak buat je. kawan yang dulu aku rasa dia akan selamanya berada di sisi aku, sekarang entah ke mana. aku tak letakkan jari aku dekat siapa siapa. dan aku pun tak salahkan siapa siapa. 

aku pernah cakap dekat diri aku, "aku tak akan jejakkan kaki aku dekat sekolah situ" tapi sekarang, hampir tiga tahun aku dekat situ dan sudah angkat kaki dari situ pun. aku akan habiskan sisa sisa zaman persekolahan aku di tempat lain, jauh dari sini, insyaAllah. bunyi senang, tapi diri yang menempuh dugaan hidup ini tak larat. namun begitu, aku tetap akan bangkit mengharungi setiap pancaroba yang datang menghambat 

walaupun ribut melanda, hujan membanjiri bumi selagi masih diberikan peluang untuk bernafas, hidup perlu diteruskan, hidup ini sentiasa diberi pilihan dan peluang. aku pernah dengar hidup ini bagaikan sandiwara semata-mata macam fatamorgana. banyak benda yang menghiasi dunia dan menjadikannnya lebih menarik hari demi hari. sampai tak tahu apa yang nak dikecapi, tiada matlamat tiada hala tuju. 

jangan letakkan harapan terlalu tinggi, kerana aku jenis yang cepat jatuh. sekali aku jatuh susah utnuk bangkit. walaupun pada hakikatnya aku akan bangun juga. jangan risau, cuma aku perlukan waktu untuk bangkit semula.